MALAYSIA
Lebih 5,000 insiden siber dilaporkan sembilan bulan pertama tahun ini
Ancaman digital hadir dalam pelbagai cara dan menyasarkan semua pengguna internet tanpa mengira latar belakang. - Gambar hiasan
LENGGONG: Data rasmi Pusat Tindak Balas Keselamatan Siber (Cyber999) di bawah CyberSecurity Malaysia merekodkan sebanyak 5,735 laporan insiden siber sehingga September lepas.
Ketua Setiausaha Kementerian Digital Fabian Bigar berkata jumlah itu meningkat lebih 1,000 kes, berbanding 4,659 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Kita kini berhadapan dengan realiti bahawa ancaman digital bukan lagi perkara kemungkinan, tetapi realiti dan berlaku setiap hari.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan peningkatan ketara dalam kes penipuan dalam talian sehingga November tahun ini, khususnya penipuan telekomunikasi yang melibatkan ribuan mangsa dan anggaran kerugian melebihi RM700 juta di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Karnival Cakna Digital 2025 yang dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong di sini hari ini.
Fabian berkata statistik itu merangkumi pelbagai insiden seperti penipuan, pencerobohan data, serangan kod berniat jahat iaitu perisian yang direka untuk merosakkan atau mencuri maklumat serta percubaan intrusi, iaitu cubaan pihak luar masuk ke dalam sistem teknologi tanpa kebenaran.
Beliau berkata ia juga menunjukkan ancaman digital hadir dalam pelbagai cara dan menyasarkan semua pengguna internet tanpa mengira latar belakang, dengan penganjuran karnival seperti hari ini diharapkan memberi pengetahuan untuk menjadi perisai keselamatan digital kepada komuniti.
"Dengan memberi pendedahan kepada langkah keselamatan siber, cara mengenal pasti penipuan serta amalan digital yang selamat, kita berharap penduduk setempat dapat menggunakan teknologi dengan lebih yakin dan selamat sekali gus menyumbang kepada pembentukan komuniti lebih berdaya tahan," katanya.
Sementara itu, Saarani dalam ucapan perasmian berkata kerajaan negeri Perak berpandangan transformasi digital tidak boleh berlaku secara kebetulan sebaliknya mesti disusun secara terancang dan berpaksikan kepada keperluan sebenar rakyat.
"Sehubungan itu, Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 dilancarkan sebagai hala tuju yang jelas bagi memperkukuh infrastruktur digital, meningkatkan kecekapan pentadbiran awam serta memperkasakan ekosistem perniagaan dan masyarakat melalui pendigitalan," katanya.
Saarani berkata pelaksanaan pelan itu merangkumi peluasan capaian digital luar bandar, pembangunan Point of Presence serta penggunaan teknologi satelit orbit rendah di kawasan pedalaman.
"(selain itu) pengukuhan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana serta pembangunan ekosistem inovasi digital negeri yang semuanya dipantau secara bersepadu agar manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA