awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 5,000 peserta teruja sertai 6,600 Langkah Perpaduan

Bernama
Bernama
16/07/2023
00:50 MYT
Lebih 5,000 peserta teruja sertai 6,600 Langkah Perpaduan
Peserta Program 6,600 Langkah Perpaduan melakukan sesi regangan sebelum program yang dianjurkan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, hari ini. --fotoBERNAMA
IPOH: Lebih 5,000 peserta berkongsi keterujaan menyertai program 6,600 Langkah Perpaduan bersempena dengan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, pagi ini.
Seawal pukul 5.30 pagi, peserta yang mendaftar telah hadir untuk mengesahkan penyertaan dan mendapatkan kemeja-T percuma di pusat pendaftaran di sini.
Pelepasan program itu disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.
Terdahulu, Fahmi menyertai peserta dalam sesi regangan bersama ikon pempengaruh program berkenaan Usop Wilcha.
Acara yang bermula pada 6.30 pagi itu terbahagi kepada dua kategori iaitu fun run sejauh 4.5 kilometer (km), penyertaan terbuka dan fun walk 1.5 km bagi warga emas, kanak-kanak dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Konsep 6,600 langkah dipilih sebagai simbolik dengan Hari Kebangsaan yang disambut kali ke-66 tahun ini.
Program itu adalah antara aktiviti menarik yang diatur bersempena dengan pelancaran itu di samping pelbagai aktiviti lain termasuk Jualan Rahmah, pameran reruai agensi kerajaan, pertandingan bintang patriotik, kuiz kenegaraan dan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.
Polis Diraja Malaysia pula membuka kaunter bayaran saman yang menawarkan pengurangan saman terpilih sebanyak 50 peratus bermula 8.30 pagi hingga 3 petang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melancarkan acara itu.
Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bulan Kebangsaan
#Jalur Gemilang
#Bulatan Sultan Azlan Shah
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan