[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
MALAYSIA

Lebih 5,000 premis diiktiraf selamat, mempunyai FC - JBPM

Bernama 04/06/2025 | 10:01 MYT
Datuk Ahmad Izram Osman berkata jumlah itu merangkumi 5,432 unit premis swasta dan 369 premis kerajaan. - Bernama
IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti 5,801 premis di seluruh negara yang mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC) sebagai pengesahan bangunan itu selamat untuk didiami, setakat tiga bulan pertama tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata jumlah itu merangkumi 5,432 unit premis swasta dan 369 premis kerajaan.
Beliau berkata sehingga kini sebanyak 9,321 premis telah diperiksa iaitu 8,595 unit premis swasta dan 726 premis kerajaan.
"Ini bermakna masih banyak lagi premis yang perlu diambil tindakan sewajarnya supaya semua premis berkenaan memperoleh FC.
"Sekarang bulan Jun, jadi kita ada tempoh setengah tahun (enam bulan) lagi bagi memastikan premis-premis yang ditetapkan ini memiliki FC yang berkuat kuasa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) JBPM Perak yang turut dihadiri Pengarahnya Sayani Saidon di sini hari ini.
-- BERNAMA
#JBPM #Sijil Perakuan Bomba #FC #Premis #keselamatan #pengesahan bangunan