MALAYSIA
Lebih 500,000 pelancong Korea Selatan kunjungi Malaysia tahun lepas, sumbang RM2.9 bilion
Korea Selatan merupakan penyumbang ketujuh tertinggi dari segi ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
SEOUL: Malaysia mencatat ketibaan seramai 553,165 pelancong dari Korea Selatan sepanjang 2024, yang menyumbang sebanyak RM2.9 bilion kepada hasil pelancongan negara.
Pengarah Tourism Malaysia Seoul Kamilia Hani Abdul Halim berkata jumlah itu dijangka terus meningkat pada tahun hadapan, khususnya sempena penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026).
"Untuk tahun depan, kami akan mempergiat lagi aktiviti promosi dan kerjasama dengan pengendali pelancongan di Korea, terutama agensi pelancongan utama di sini.
"Kami juga akan meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan, selain memperluas hebahan menerusi media sosial serta publisiti di akhbar dan media cetak," katanya kepada media selepas menghadiri program MyTRA B2B Titanium Circle Korea 2025 di Myeongdong, di sini, semalam.
Kamilia Hani memaklumkan Korea Selatan merupakan penyumbang ketujuh tertinggi dari segi ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia.
Mengulas lanjut, beliau berkata Tourism Malaysia Seoul kini sedang giat mempromosikan produk pelancongan pantai dan pulau di Johor serta Sabah, selain mengetengahkan pakej pelancongan pendidikan dan halal kepada rakyat Korea Selatan.
"Tourism Malaysia Seoul juga sedang mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim," katanya.
Kamilia Hani turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Agensi Pelancongan Muslim Malaysia (MyTRA) atas usaha mempromosikan Malaysia di pasaran Korea Selatan.
Beliau berkata inisiatif seperti ini selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia sempena VM 2026.
Dalam program berkenaan, seramai 41 pengusaha agensi pelancongan dari Malaysia mengadakan sesi pertemuan perniagaan dengan 50 agensi pelancongan Korea Selatan bagi membincangkan langkah strategik memperkukuh kemasukan pelancong antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA