KUALA LUMPUR: Lebih 60 peratus penduduk Asia Tenggara dan Malaysia percaya bahawa penggunaan kecerdasan buatan (AI) memberi lebih banyak kebaikan berbanding kelemahan akibat teknologi tersebut.
Hasil kajian firma penyelidikan pasaran, Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) mendapati 71 peratus responden Asia Tenggara, manakala 69 peratus responden Malaysia menyuarakan pandangan tersebut.
Manakala, 54 peratus responden di seluruh dunia turut bersetuju terutamanya penggunaan AI dijangka mengubah secara mendalam kehidupan harian mereka.
Begitupun, kajian tersebut mendedahkan 78 peratus penduduk di Asia Tenggara dan Malaysia bersetuju bahawa produk dan perkhidmatan yang menggunakan AI akan mengubah kehidupan harian secara ketara dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Selain itu, 67 peratus dan 70 peratus responden Asia Tenggara dan Malaysia percaya terhadap syarikat yang menggunakan teknologi berkenaan, sama seperti seperti kepercayaan terhadap syarikat lain (yang tidak menggunakan AI).
Kajian tersebut dijalankan pada 26 Mei hingga 9 Jun melibatkan 22,816 individu dewasa berusia bawah 75 tahun di 31 negara di seluruh dunia.
Dijalankan secara dalam talian, ia antaranya melibatkan sampel dari Brazil, Chile, Columbia, India, Indonesia, Singapura, Thailand serta Turki.
Dalam masa sama, kajian Ipsos mendapati separuh rakyat Malaysia bimbang dengan kesan penggunaan AI.
Sebanyak 55 peratus responden Malaysia setuju bahawa produk dan perkhidmatan yang menggunakan AI membuatkan mereka gementar.
Sementara itu, secara purata 53 dan 52 peratus responden di negara Asia Tenggara dan seluruh dunia masing-masing turut berpandangan sama.
Sebanyak 81 peratus responden Malaysia juga setuju bahawa AI akan mengubah cara kerja semasa, dengan 62 peratus setuju teknologi itu akan menggantikan kerja semasa.
Dari segi keupayaan AI membaiki kehidupan terutama masa, kecekapan dan hiburan, 67 peratus responden Malaysia dan 62 peratus responden Asia Tenggara berpandangan ia adalah lebih baik dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Sementara itu, Pengurus Kanan Penyelidikan Hal Ehwal Awam Ipsos, Azamat Ababakirov berkata AI sedang berkembang pesat dan akan terus bergerak pada kadar yang semakin pantas dalam masa terdekat.
"Individu dan kerajaan perlu sedar serta bersedia untuk menghadapi peralihan masyarakat sambil menikmati faedah penggunaan AI," katanya dalam satu kenyataan.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 20 2023
Kajian tersebut dijalankan pada 26 Mei hingga 9 Jun melibatkan 22,816 individu dewasa berusia bawah 75 tahun di 31 negara di seluruh dunia. - Foto/Ipsos
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Lebih 60 peratus responden Malaysia, Asia Tenggara percaya AI lebih banyak kebaikan - Ipsos
Hasil kajian Ipsos mendapati 71 peratus responden Asia Tenggara, manakala 69 peratus responden Malaysia menyuarakan pandangan tersebut.
Kajian Ipsos: Rakyat Malaysia mula terima pelarian, tapi jumlah perlu dikurangkan
Tinjauan melibatkan 28 negara itu dijalankan secara dalam talian membabitkan 20,505 responden antara 2 April hingga 6 Mei lalu.
Kesejahteraan fizikal, kesihatan adalah kunci kebahagiaan hidup rakyat Malaysia - Kajian Ipsos
Pandemik COVID-19 sememangnya memberikan kesan terhadap semua pihak bukan sahaja dari segi kesejahteraan hidup malah kesihatan rakyat.