MALAYSIA
Lebih 60 rumah rosak, 13 pokok tumbang akibat ribut di Kuantan
Ribut yang berlaku sekitar 7.30 malam itu membabitkan Taman Tanah Putih, Bukit Setongkol dan Taman Cenderawasih. - Gambar/ APM
KUANTAN: Lebih 60 rumah rosak dan 13 kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di sekitar bandar raya ini susulan ribut yang melanda malam tadi.
Ringkasan AI
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Kuantan Mejar Zahidi Zainudin berkata ribut yang berlaku sekitar 7.30 malam itu membabitkan Taman Tanah Putih, Bukit Setongkol dan Taman Cenderawasih.
"Setakat 10 pagi ini, sebanyak 40 laporan kerosakan rumah diterima di Taman Tanah Putih manakala 20 lagi di Bukit Setongkol dan Taman Cenderawasih. Jumlah sebenar premis yang terkesan serta anggaran nilai kerugian masih dalam proses bancian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Dalam pada itu, Zahidi berkata pihaknya turut menerima 13 laporan kejadian pokok tumbang termasuk satu kes rumah di Jalan Bukit Bayroute yang rosak dihempap pokok.
"Kejadian pokok tumbang turut dilaporkan di kawasan Bukit Setongkol, Taman Cenderawasih dan Jalan Tanah Putih hingga menyebabkan beberapa jalan utama terhalang," katanya.
Beliau berkata APM bersama pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah bertindak memotong dan membersihkan pokok tumbang di lokasi terlibat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lebih 60 rumah rosak dan 13 kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di Kuantan susulan ribut semalam.
- Ribut terbabit kawasan Taman Tanah Putih, Bukit Setongkol, dan Taman Cenderawasih; tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
- Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Kuantan sediakan bantuan serta bersihkan kawasan yang terjejas.