KUALA LUMPUR: Lebih 600 ekor ikan asing seberat 400 kilogram (kg) ditangkap dalam hanya tempoh dua jam di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil di sini pada Ahad.
Program berstruktur itu dijalankan Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya selain penglibatan agensi kerajaan, swasta, Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain berkata, tangkapan ikan menggunakan kaedah menjala itu mendapati 99 peratus merupakan ikan asing dengan majoritinya ikan bandaraya atau pleco dan tilapia.
"Ada juga spesies asing lain yang ditangkap iaitu keli Afrika dan inilah antara spesies yang kuasai sungai kita.
"Amat mengejutkan, situasi ini sangat membimbangkan kerana sepanjang dua jam itu, hanya dua ekor ikan spesies asli ditangkap iaitu ikan puyu," katanya kepada pemberita semasa Program Memburu Ikan Asing Bersama Komuniti di sini pada Ahad.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Aquawalk Sdn Bhd, Daryl Foong.
Tambah Adnan, pemburuan spesies invasif ini bertujuan bagi menyeimbangkan ekosistem bagi memastikan perairan sungai negara selamat untuk pelepasan spesies ikan asli.
Katanya, hari ini (Ahad) ikan bandaraya paling besar ditangkap adalah berat lebih 1kg, manakala keli Afrika seberat lebih 4kg.
"Kalau tengok nisbah di Sungai Kuyoh hari ini sangat membimbangkan selain beberapa sungai di sekitar Lembah Klang.
"Ada juga laporan ancaman ikan asing iaitu baung ekor merah di Sungai Pahang dan Sungai Perak," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 26 2024
Adnan (kanan) menunjukkan saiz ikan bandaraya yang agak besar berjaya ditangkap di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil pada Ahad.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Ada individu lepaskan alligator gar ke Sungai Klang' - DOF
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengenal pasti terdapat individu tidak bertanggungjawab melepaskan ikan asing spesies alligator gar ke perairan umum.
Elak ikan asing terlepas ke perairan umum, jaring dipasang di laluan air keluar di Tasik Biru
DOF telah bertemu dengan pengurus dan penganjur satu program memancing susulan insiden melepaskan ikan patin Chao Praya di tasik berkenaan.
Enam sungai di Lembah Klang dimonopoli ikan asing
Sebanyak enam sungai di Lembah Klang dimonopoli spesies ikan asing seperti ikan bandaraya, tilapia hitam dan keli afrika.
Ikan tilapia, bandaraya kuasai sungai di Lembah Klang
Spesies ikan asing iaitu tilapia dan bandaraya menguasai enam sungai di Lembah Klang.
Lebih 600 ikan 'alien' ditangkap dalam tempoh 2 jam
Lebih 600 ekor ikan asing seberat 400 kilogram (kg) ditangkap dalam hanya tempoh dua jam di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil di sini pada Ahad.
Berselindung di sebalik ikan hiasan
Lambakan ikan larangan di perairan sungai negara mengakibatkan ikan asal atau ikan tempatan berkurangan.