MALAYSIA
Lebih 64,000 usahawan bumiputera terima pembiayaan RM743.86 juta - Ewon
Ewon Benedick berkata selari dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), beberapa langkah telah diambil bagi mengurangkan kerenah birokrasi serta memudah cara proses permohonan dan penyaluran pembiayaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 64,179 usahawan bumiputera baharu telah menerima pembiayaan berjumlah RM743.86 juta daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) setakat 31 Ogos lepas.
Ringkasan AI
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata selari dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), beberapa langkah telah diambil bagi mengurangkan kerenah birokrasi serta memudah cara proses permohonan dan penyaluran pembiayaan.
Beliau berkata bagi penambahbaikan prosedur permohonan, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah mengurangkan keperluan dokumentasi daripada 17 kepada empat dokumen asas sahaja, selain memendekkan tempoh kelulusan permohonan daripada 21 hari kepada tujuh hari bekerja.
"Selain itu, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah mempermudah proses permohonan dengan hanya menggunakan salinan MyKad tanpa memerlukan pendaftaran oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan permohonan yang lengkap akan diuruskan dalam tempoh 16 hari bekerja," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) yang ingin tahu langkah-langkah yang diambil kementerian bagi memperbaiki perkhidmatan permohonan geran dan pinjaman perniagaan untuk usahawan bumiputera yang baru menceburi bidang keusahawanan.
Ewon berkata Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) pula menyediakan ekosistem digital melalui Sistem Bersepadu Penarafan dan Insentif PMKS atau Sistem MyBPI untuk memudahkan usahawan belia memohon dan membuat tuntutan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) secara dalam talian.
"SME Bank telah memperkenalkan proses permohonan secara dalam talian termasuk kemudahan saluran komunikasi bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan sepanjang proses permohonan, manakala PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad) membangunkan Sistem Pembiayaan E2E S3P untuk pengurusan pembiayaan secara digital yang cekap dan telus," katanya.
Beliau berkata Bank Rakyat turut menyediakan platform dalam talian Quick Response to Entrepreneurs (QR2E) bagi memudahkan usahawan baharu memohon program pembiayaan perniagaan dan produk-produk perbankan lain yang disediakan.
Ewon berkata selepas pembiayaan diluluskan dan disalurkan, agensi-agensi di bawah KUSKOP juga membuat pemantauan terhadap usahawan terlibat.
"Ada agensi yang membuat pemantauan secara mingguan, ada secara bulanan. Ada pemantauan berkala sepanjang tahun dan ada agensi yang membuat penilaian ke atas pembiayaan yang telah disalurkan kepada usahawan-usahawan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seramai 64,179 usahawan bumiputera baharu telah menerima pembiayaan berjumlah RM743.86 juta daripada agensi di bawah KUSKOP sehingga 31 Ogos, selari dengan usaha mengurangkan birokrasi melalui Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).
- Penambahbaikan prosedur termasuk pengurangan dokumentasi oleh TEKUN, pemudahan permohonan oleh AIM tanpa keperluan SSM, serta pelaksanaan sistem digital oleh SME Corp, SME Bank, PERNAS dan Bank Rakyat bagi mempercepat dan memudahkan proses permohonan.
- Agensi-agensi KUSKOP turut menjalankan pemantauan berkala terhadap usahawan selepas pembiayaan diluluskan, bagi memastikan keberkesanan dan keberlanjutan sokongan yang diberikan.