awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand

Bernama
Bernama
13/03/2025
20:00 MYT
Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Mohamad Sabu ketika bercakap pada sidang media selepas Majlis Iftar bersama warga KPKM pada Khamis. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri-negeri bersempadan Malaysia-Thailand sepanjang tahun lepas, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata, aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.
"Harga daging di pasaran menjadi terlalu murah disebabkan lambakan bekalan akibat aktiviti penyeludupan itu.
"Sekiranya tidak dibanteras segera penternak tempatan, terutamanya di negeri sempadan akan terjejas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis iftar bersama warga KPKM Inc, di sini, pada Khamis.
Mohamad berkata, meskipun bekalan daging masih mencukupi, tindakan tegas perlu diambil bagi mengawal penyeludupan yang berleluasa.
Beliau berkata, kawalan sempadan juga perlu diperketat bagi mengelakkan sebarang risiko termasuk penularan penyakit haiwan.
"Pihak berkuasa perlu bertindak lebih tegas kerana usaha ini bukan sahaja melindungi ekonomi penternak tempatan tetapi juga memastikan keselamatan bekalan daging dalam negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan daging
#tindakan tegas
#lambakan bekalan
#penternak tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan