MELAKA: Lebih 80,000 pengunjung menghadiri Malam Cinta Rasul Melaka Serambi Madinah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Perbandaran Hang Tuah Jaya ke-13 di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini malam ini.
Majlis yang bermula pada 9 malam itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco.
Turut hadir Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman.
Umat Islam di negeri ini yang mula membanjiri Dataran Sejarah Ayer Keroh pada 5 petang tadi, disajikan dengan tayangan montaj dan bacaan Ratib al-Attas serta Asma'ul Husna.
Pengunjung kemudiannya menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di padang dataran berkenaan yang diimamkan Ustaz Abdul Karim Al-Makki, diikuti dengan Zikir Munajat bersama jemaah dan penceramah yang hadir.
Pada majlis itu turut diadakan bacaan maulid dan qasidah oleh Ustaz Al Habib Syech Abdul Qodir Assegaf disusuli penyampaian tausiyah oleh Ustaz Wadi Annuar.
Majlis berkenaan diakhiri dengan Mahallul Qiyam dan doa khatam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022
Orang ramai hadir membanjiri Dataran Sejarah sempena program Malam Cinta Rasul Melaka Serambi Madinah di Ayer Keroh, malam ini. - Foto BERNAMA
Projek pembangunan Persekutuan di Sabah perlu dilaksanakan dengan cepat - Hajiji
Kementerian berkenaan juga digesa berhubung dengan agensi Persekutuan yang berkaitan di Sabah bagi mengukuhkan kerjasama.
JPSM tingkat usaha urus, bangunkan sumber hutan demi sosioekonomi negara
JPSM meningkatkan usaha bagi mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Belanjawan: LIAM mohon pelepasan cukai diperluaskan untuk insurans perubatan
Kerajaan harus memperluaskan pelepasan cukai untuk insurans perubatan dan kesihatan dalam Belanjawan 2025, kata CEO Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
KPKT salur RM1.21 juta kepada PBT jayakan tujuh kempen persekitaran sepanjang 2024
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan RM1.21 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjayakan Kempen Persekitaran KPKT sepanjang 2024.
Karnival Cuti-Cuti Malaysia di Kompleks Kraf 25-27 Oktober
Pelbagai tawaran menarik pakej pelancongan termasuk potongan harga antara 15 hingga 50 peratus menanti pengunjung KCCM 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Okt ini di Kompleks Kraf.
EAIC sita 156 fail permohonan pas lawatan sosial
Sitaan dijalankan susulan aduan yang diterima berhubung dakwaan pegawai Jabatan Imigresen dikatakan mengeluarkan pas lawatan sosial (kategori pas rawatan) kepada warga asing tanpa mematuhi prosedur.
Program makanan sedunia bimbang keupayaan lubnan
Ribuan hektar tanah ladang di seluruh selatan Luban telah terbakar atau dibiarkan selepas peperangan tercetus.
Iran sedia bertindak balas jika diserang Israel
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi tegaskan Iran tidak mencari peperangan, tetapi sedia bertindak balas jika diuji Israel. Sebarang serangan terhadap Iran akan dibalas dengan serangan lebih besar.
Anak lelaki Osama bin Laden diusir dari Perancis
Omar Laden yang merupakan anak keempat kepada Osama didakwa mengeluarkan komen di media sosial yang dianggap 'mengagungkan keganasan'.
Rakyat Lubnan dipaksa tidak ke laut
Nelayan-nelayan yang tinggal di Sidon, Lubnan khuatir punca pendapatan mereka terus terjejas selepas amaran yang dinyatakan oleh Israel untuk tidak pergi ke pesisir negara itu. Akibat larangan itu, para nelayan terpaksa tidak berganjak untuk melakukan rutin harian mereka mencari rezeki di laut dan kekal di darat.
20,000 pengunjung meriahkan Malam Cinta Rasul di Stadium Malawati
MCR 3.0 yang dianjurkan dengan kerjasama Semboyan Malaysia menampilkan tokoh-tokoh agama terkenal.
Lebih 80,000 hadir Malam Cinta Rasul di Dataran Sejarah Ayer Keroh
Lebih 80,000 pengunjung menghadiri Malam Cinta Rasul Melaka Serambi Madinah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Perbandaran Hang Tuah Jaya ke-13 di Dataran Sejarah Ayer Keroh, malam ini.
Hujan tidak halang 5,000 umat Islam zahir rasa cinta, rindu kepada Rasulullah
Menzahirkan rasa rindu, cinta dan kasih kepada Rasulullah, Nabi Muhammad SAW tidak semestinya hanya dilakukan ketika Maulidur Rasul, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sebenarnya.