awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal

Bernama
Bernama
15/05/2024
02:30 MYT
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Pada tahun ini, terdapat 40 PIHTAS yang akan bertugas untuk membantu jemaah haji dalam persoalan melibatkan bimbingan agama termasuk menjawab persoalan dikemukakan menerusi e-Taib. - Gambar hiasan/BERNAMA
MAKKAH: Lebih 8,115 pertanyaan berkenaan permasalahan ibadat diterima sehingga Selasa lepas daripada jemaah haji menerusi Perkhidmatan e-Taib (talian ibadat) sejak Tabung Haji memperkenalkan perkhidmatan itu pada tahun lepas.
Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tanah Suci Lembaga Tabung Haji (TH) Shahrin Awaludin berkata perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada bukan sahaja jemaah di Tanah Suci, malah kepada mereka yang berada di tanah air.
"Jika dahulu jemaah akan berjumpa Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) di maktab tetapi sejak kita telah mewujudkan Sistem e-Taib yang ada dalam THhujjaj, mereka boleh menyalurkan terus pertanyaan seperti di saluran WhatsApp kepada pembimbing apa juga soalan berkaitan ibadah.
"Ini banyak membantu jemaah untuk tidak lagi beratur panjang ketika berjumpa dengan guru agama, " katanya kepada petugas media dalam sidang media di Ibu Pejabat TH.
Menurutnya, antara soalan sering ditanya adalah tentang larangan ihram serta persoalan tentang fiqah wanita dan beliau memberi jaminan setiap pertanyaan diajukan akan cuba diselesaikan dalam tempoh kurang lima minit, paling lama mengambil masa 24 jam jika melibatkan persoalan yang rumit bagi membolehkan pihaknya mendapat pandangan pakar.
Pada tahun ini, terdapat 40 PIHTAS yang akan bertugas untuk membantu jemaah haji dalam persoalan melibatkan bimbingan agama termasuk menjawab persoalan dikemukakan menerusi e-Taib.
Beliau berkata pasukan ini terdiri daripada pakar rujuk, guru-guru agama termasuk kaunselor akan menjawab persoalan dan isu yang mengganggu jemaah untuk menyempurnakan ibadah haji mereka.
"Pasukan ini turut dibantu oleh tiga orang pakar rujuk yang merupakan ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM), malah pada tahun ini seorang daripada pakar rujuk kita adalah Mufti Selangor Datuk Prof Madya Anhar Opir.
Sementara itu dalam era ledakan teknologi maklumat ketika ini, katanya antara cabaran pasukan bimbingan ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan kursus dan juga meminimumkan gangguan media sosial yang mengalih tumpuan jemaah untuk beribadah.
"Kita selalu beritahu dalam kursus bahawa haji ini adalah ibadah yang perlukan fokus, kalau berubah niat dalam tawaf pun tidak sah.
"Seperti bergambar, bukan kita tidak bagi tetapi sewaktu mengerjakan rukun dan wajib haji, jemaah perlu fokus kepada ibadah. Mudah-mudahan ini dapat membantu jemaah untuk mendapat haji yang mabrur, " katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#e-Taib
#masalah ibadah
#aplikasi THhujjaj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan