Lebih 800,000 warga emas belum dapatkan dos penggalak - Khairy

Nursyazwani Saiful Sham
April 4, 2022 01:05 MYT
Sejumlah 864,450 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas masih belum menerima vaksin COVID-19 dos penggalak. -Bernama
SEJUMLAH 864,450 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas masih belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19.
Data yang didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitternya turut menggesa agar golongan tersebut segera mendapatkan suntikan tersebut.
Jelasnya, kes kematian akibat COVID-19 yang direkodkan ketika ini banyak tertumpu kepada golongan tersebut terutamanya yang belum menerima suntikan penggalak.
"864,450 warga emas (>60) masih belum menerima booster.
"Kes kematian sekarang banyak tertumpu kepada golongan tersebut, terutama yang belum boosted.
"Dalam fasa peralihan ini, kita harus melindungi golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua kita.
"Get them boosted," katanya.
Data yang dikongsikan Khairy jelas menunjukkan sejak lima minggu lepas, kadar kematian dalam kalangan warga emas berusia 80 tahun ke atas mencatatkan peratusan paling tinggi berbanding kumpulan usia lain.

864,450 warga emas (>60) masih belum menerima booster. Kes kematian sekarang banyak tertumpu kepada golongan tersebut terutama yang belum boosted. Dalam fasa peralihan ini, kita harus melindungi golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua kita. Get them boosted. pic.twitter.com/1r37g2uP8F

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) April 4, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada masa sama, Khairy turut memberi peringatkan kepada orang awam agar terus kekal waspada dalam fasa peralihan ke endemik.
"Alhamdulillah masjid mula penuh untuk solat berjemaah. Terus pakai pelitup muka dengan cara yang betul.
"Masking properly (especially indoors) w/ good ventilation will be crucial in us managing COVID-19," ujarnya.
Bermula 1 April lalu, negara beralih ke fasa peralihan endemik selepas lebih dua tahun hidup dalam suasana pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan.
Fasa peralihan ke endemik menyaksikan pelbagai kelonggaran diberikan, termasuk pelaksanaan tanpa penjarakan fizikal aktiviti solat berjemaah di masjid serta surau juga upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam.
Selain itu juga, premis perniagaan dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing seperti biasa mengikut syarat lesen operasi premis apabila had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan.
#COVID-19 #dos penggalak #Khairy Jamaluddin #warga emas