awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 830kg makanan dan minuman lebihan bazar diselamatkan di Perlis

Bernama
Bernama
27/03/2024
00:59 MYT
Lebih 830kg makanan dan minuman lebihan bazar diselamatkan di Perlis
Shamsuharizal berkata, janaan sisa sampah yang dibawa ke tapak pelupusan dalam tempoh Ramadan tahun lepas menurun sebanyak 3.7 peratus berbanding 2022. - Gambar hiasan
ARAU: Sejumlah 836.65 kilogram (kg) makanan dan minuman yang tidak habis dijual peniaga di Bazar Ramadan Arau berjaya diselamatkan bagi tempoh 19 Mac hingga semalam.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perlis Shamsuharizal Basir berkata daripada jumlah itu, sebanyak 675 kg merupakan minuman tidak terjual, manakala selebihnya 161.65 kg ialah makanan.
"SWCorp menjalankan Program MySavefood ini dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia melalui sukarelawan Hero Kebersihan melibatkan pensyarah dan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Bazar Ramadan Arau ini.
"Program ini hanya dilaksanakan lapan hari bermula 19 hingga 26 Mac. Lebihan makanan yang masih elok dan belum disentuh di Bazar Ramadan Arau ini diagihkan kepada golongan asnaf," katanya ketika ditemui Bernama di tapak bazar Ramadan itu di sini malam tadi.
Shamsuharizal berkata meskipun program itu lapan hari sahaja, peniaga bazar Ramadan boleh mengelakkan pembaziran dengan cara sentiasa membuat perancangan berkesan sebelum menjual makanan dan minuman masing-masing.
Sementara itu, beliau berkata janaan sisa sampah yang dibawa ke tapak pelupusan dalam tempoh Ramadan tahun lepas menurun sebanyak 3.7 peratus berbanding 2022.
"Hal ini menunjukkan keberkesanan kempen SWCorp dengan kerjasama pihak kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan NGO (badan bukan kerajaan) ... harapan SWCorp untuk tahun ini akan berlaku juga penurunan (bagi janaan sisa sampah)," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#sisa sampah
#Bazar Ramadan
#SWCorp Perlis
#makanan dan minuman lebihan bazar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan