awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024

Bernama
Bernama
22/09/2024
11:28 MYT
Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Nor Sam (foto) berkata angka itu menunjukkan peningkatan 17 peratus berbanding nilai jualan anak pokok pada MAHA 2022. -Bernama
SERDANG: Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.

Ringkasan AI
  • Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang MAHA 2024, menunjukkan peningkatan 17% berbanding MAHA 2022, dengan nilai jualan lebih RM41 juta.
  • Lembu baka Brahman mencatatkan nilai tempahan sebanyak RM2.15 juta, melibatkan 310 ekor.
  • MAHA 2024 mencatatkan kehadiran lima juta pengunjung, melebihi sasaran tiga juta orang, dan menyaksikan 139 MoU dan MoA bernilai RM7.2 bilion ditandatangani.

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Nor Sam Alwi berkata angka itu menunjukkan peningkatan 17 peratus berbanding nilai jualan anak pokok pada MAHA 2022.
"Ia meliputi jualan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup MAHA 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata anak pokok yang dijual meliputi durian Musang King dan Duri Hitam (Black Thorn), rambutan mutiara dan cempedak yang dijual antara RM15 hingga RM300 mengikut ketinggian pokok.
"Ia secara tidak langsung menunjukkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi pertanian dalam negara dan menggalakkan orang ramai menanam pokok untuk kegunaan sendiri," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Dr Akma Ngah Hamid berkata lembu baka Brahman mencatatkan nilai tempahan sebanyak RM2.15 juta yang melibatkan 310 ekor.
"Kita (Jabatan Perkhidmatan Veterinar) memang cuba ketengahkan baka dari Australia ini untuk diternak di negara ini kerana lembu baka Brahman ini merupakan baka lembu pedaging yang berkualiti," katanya.
Terdahulu, semasa sidang media Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi kepercayaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menganjurkan MAHA edisi ke-100.
"Saya juga ingin ucap terima kasih kepada warga KPKM serta petugas media yang bertungkus lumus sepanjang 12 hari penganjuran MAHA 2024," katanya.
MAHA 2024 yang melabuhkan tirainya mencatatkan kehadiran lima juta pengunjung setakat 12 tengah hari tadi sekali gus melebihi sasaran seperti ditetapkan iaitu tiga juta orang.
Pameran dwitahunan itu yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini telah menjana nilai jualan langsung lebih RM41 juta setakat pagi tadi.
MAHA 2024 turut menyaksikan 139 memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) bernilai RM7.2 bilion berjaya ditandatangani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHA 2024
#FAMA
#anak pokok
#Nor Sam Alwi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan