MALAYSIA

Lebih 90% dijangka keluar mengundi

Astro Awani 03/11/2013 | 13:16 MYT
Lebih 90 peratus daripada 27,222 pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dijangka keluar mengundi pada Isnin berbanding 89 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan, kadar peratusan positif itu berdasarkan kepada semangat sepanjang tempoh berkempen yang berkonsepkan kekeluargaan.

Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.

#Abdul Ghani Salleh #DUN #pengundi #PRK #SPR #Sungai Limau