KOTA BHARU: Lebih 90 peratus pemilik sijil halal di seluruh negara komited mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal Jakim Rasyidah Che Wil berkata pematuhan itu didorong sikap tanggungjawab pemilik syarikat atau premis bagi memastikan kelangsungan perniagaan masing-masing.
Beliau berkata walaupun sudah memiliki sijil halal, Jakim mendapati mereka tetap bertanggungjawab memastikan syarat dan prosedur dipatuhi secara konsistan.
"Ini kerana kegagalan mematuhi garis panduan ditetapkan boleh menyebabkan sijil yang dimiliki boleh digantung atau ditarik balik berdasarkan kesalahan dilakukan sama ada kecil mahupun besar," katanya kepada pemberita pada Seminar Pensijilan Halal Malaysia, Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020 Kepada Industri Kelantan di sini semalam.
Rasyidah berkata Jakim turut mengambil pendekatan mengadakan perbincangan dengan pemegang sijil halal terlebih dahulu jika berlaku ketidakakuran kepada garis panduan yang telah ditetapkan.
"Ini kerana kita sedar pemilik sijil halal mendapat keyakinan yang tinggi daripada pelanggan selain mempunyai peluang yang lebih luas untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian Sumber Manusia dan Keusahawanan negeri Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata kerajaan Kelantan telah menetapkan pemilikan sijil halal sebagai syarat wajib bagi pembaharuan lesen premis di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan akan diperluaskan ke jajahan lain.
Menurutnya ia bagi memastikan perniagaan yang dijalankan diyakini halal dan bersih sekali gus menggalakkan lebih ramai peniaga mendapatkan pensijilan halal.
"Setakat Jun lepas, sejumlah 411 pemegang sijil halal di Kelantan dengan 44 daripadanya dimiliki oleh peniaga bukan muslim," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Rasyidah berkata Jakim turut mengambil pendekatan mengadakan perbincangan dengan pemegang sijil halal terlebih dahulu jika berlaku ketidakakuran kepada garis panduan yang telah ditetapkan. - Foto Bahagian Pengurusan Halal JHEAT
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Tingkat keharmonian masyarakat agenda penting Kementerian Perpaduan - Saraswathy
Meningkatkan keharmonian masyarakat merupakan satu daripada agenda penting ditetapkan dalam hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) selaras dengan agenda nasional membangun Malaysia MADANI.
JAKIM kaji penyelarasan waktu bekerja guru KAFA Perdana
JAKIM telah selesai mengadakan sesi libat urus bersama agensi berkepentingan di peringkat Persekutuan dan negeri.
JAKIM salur RM119 juta untuk selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam
Peruntukan khas RM120 juta dengan siling RM150 juta itu diperuntuk secara "one-off" oleh Kementerian Kewangan untuk JAKIM tahun ini.
Tujuh modul dibangunkan untuk pulih akidah pengikut GISB - Mohd Na'im
Sebanyak tujuh modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sedang dibangunkan oleh jawatankuasa khas yang kini berada di peringkat akhir.
JAKIM rekod lebih 300,000 aduan kekeluargaan, masalah akhlak tertinggi
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merekodkan sebanyak 378,815 kes aduan kekeluargaan bagi tempoh 2021 hingga 2023.
Ukraine anggap Malaysia pintu masuk ASEAN bagi kerjasama UAV
Ukraine menganggap Malaysia sebagai pintu masuk bagi memperluas kerjasama dalam segmen pesawat kawalan jauh (UAV) dan dron di rantau ASEAN, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.
Anugerah Halal Dunia perkukuh kedudukan Malaysia raih peluang di pasaran global - HDC
Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2023 (WHEA 2023) meletakkan negara di landasan kukuh untuk meraih peluang pasaran halal global yang dianggar mencecah US$5 trilion menjelang 2030.