awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 900 kes HFMD di Terengganu

Bernama
Bernama
16/05/2022
09:40 MYT
Lebih 900 kes HFMD di Terengganu
Sebanyak 907 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Terengganu dari Januari hingga semalam.
BESUT: Sebanyak 907 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Terengganu dari Januari hingga semalam, kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Kasemani Embong.
Beliau berkata kebanyakan kes HFMD yang dilaporkan itu, membabitkan 19 taska dan tadika di negeri ini.
"Namun, kesemua pusat asuhan tersebut yang sebelum ini ditutup sementara sudah beroperasi semula dan kanak-kanak yang tidak dijangkiti penyakit itu boleh meneruskan persekolahan atau berada di pusat berkenaan seperti biasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2022 di Dewan Merdeka Kota Putera Square, Kampung Raja di sini, hari ini.
Menurutnya ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membendung penularan jangkitan tersebut antaranya dengan tidak menghantar anak ke pusat asuhan sekiranya mereka bergejala.
Dalam perkembangan lain, Dr Kasemani berkata meskipun kes malaria manusia jangkitan tempatan di negeri ini mencatatkan angka sifar sejak 2012, penularan malaria berpunca daripada haiwan (kera/beruk) atau jangkitan malaria zoonotik kini agak membimbangkan.
Katanya sejak Januari lepas hingga semalam,13 kes malaria dicatatkan di Terengganu dengan 12 daripadanya adalah malaria zoonotik, manakala satu kes malaria manusia jangkitan import.
"Dua kematian direkodkan akibat malaria zoonotik iaitu masing-masing di daerah Hulu Terengganu dan Setiu.
"Jangkitan malaria zoonotik disebabkan parasit plasmodium knowlesi yang ditularkan daripada kera kepada manusia melalui gigitan nyamuk tiruk dan penyebab utama kematian malaria di negara ini sejak 2017," katanya.
Menurutnya pembukaan tanah yang pesat untuk aktiviti perladangan antara penyumbang kepada peningkatan pendedahan manusia kepada haiwan perumah semula jadi malaria zoonotik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes HFMD
#terengganu
#penyakit tangan kaki dan mulut
#Dr Kasemani Embong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan