MALAYSIA
Lebih 90,000 permohonan pembiayaan berjumlah RM21.5 bilion diluluskan menerusi SJKP
Aiman Athirah berkata daripada jumlah itu, 89.56 peratus terdiri daripada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 90,779 permohonan pembiayaan berjumlah RM21.5 bilion telah diluluskan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi membantu individu dalam kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah, setakat ini.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata daripada jumlah itu, 89.56 peratus terdiri daripada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.
Beliau berkata, jumlah tersebut melibatkan 15,000 peminjam berumur 18 hingga 25 tahun, kira-kira 31,000 peminjam (26 hingga 30 tahun), 22,356 peminjam (31 hingga 35 tahun) dan 12,799 peminjam (36 hingga 40 tahun).
"Kalau melihat kepada Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, terdapat kelulusan tambahan untuk SJKP berjumlah RM20 bilion yang diperuntukkan oleh Kerajaan MADANI, dan ini merupakan satu berita gembira yang boleh disampaikan kepada rakyat apabila Belanjawan ini diluluskan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang ingin mengetahui inisiatif kerajaan bagi membantu individu tanpa pendapatan tetap seperti pekerja gig memiliki rumah sendiri pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 pada Jumaat lepas, mengumumkan SJKP akan diperluaskan dengan menawarkan jaminan kepada 80,000 lagi pembeli rumah pertama.
Anwar berkata, had keseluruhan jaminan turut ditingkatkan kepada RM20 bilion, berbanding RM10 bilion sebelum ini, bagi membantu lebih ramai pekerja gig dan individu bekerja sendiri memiliki rumah.
Sementara itu, Aiman Athirah berkata kerajaan turut melaksanakan pelbagai inisiatif lain bagi membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah, termasuk menyediakan skim sewa beli bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Program Residensi Rakyat di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebanyak 90,779 permohonan berjumlah RM21.5 bilion telah diluluskan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi membantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah, dengan 89.56 peratus peminjam berusia 40 tahun ke bawah.
- Belanjawan 2026 memperuntukkan tambahan RM20 bilion untuk SJKP, dengan sasaran jaminan kepada 80,000 pembeli rumah pertama termasuk pekerja gig dan individu bekerja sendiri.
- Kerajaan turut melaksanakan skim sewa beli bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Program Residensi Rakyat sebagai inisiatif tambahan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.