Lebih 950,000 pesara perkhidmatan awam bakal nikmati pelarasan SSPA Fasa 2

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (dua, kiri) bergambar bersama dengan penjawat awam pada Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai Awam Melaka hari ini. - Foto Bernama
MELAKA: Lebih 950,000 pesara perkhidmatan awam bakal menikmati pelarasan pencen Fasa 2 di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 1 Jan 2026, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Ringkasan AI
- Lebih 950,000 pesara perkhidmatan awam akan menikmati pelarasan pencen Fasa 2 di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula 1 Januari 2026, menunjukkan komitmen kerajaan dalam menghargai jasa pesara yang telah berkhidmat dengan rakyat.
- Pesara dan penerima pencen akan menerima pelarasan pencen seiring dengan kenaikan peratusan yang diterima penjawat awam yang masih berkhidmat, dengan pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima pelarasan gaji berfasa iaitu lapan peratus bagi Fasa 1 pada Disember 2024 dan tujuh peratus untuk Fasa 2 pada Januari 2026.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum Januari 2013 juga akan menerima pelarasan kedua sebanyak tujuh peratus, sejajar dengan usaha meningkatkan kebajikan pesara dan penerima pencen.
"Jadi amat jelas bahawa walaupun telah bersara daripada perkhidmatan kerajaan, kebajikan mereka tetap dititikberatkan," katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Pesara Uzur sempena Program Lawatan Kerja ke Negeri Melaka di Kampung Pulau Kelapa, Batu Hampar Peringgit di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menziarahi dan menyampaikan sumbangan kerusi roda elektrik kepada Azhar Hashim, 63, yang pernah berkhidmat di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka sebelum bersara pada 2009 kerana faktor kesihatan selepas menghidap kencing manis dan darah tinggi.
Beliau turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan katil kepada pesara Jabatan Imigresen Melaka, Bakhri Tamby Ali, 63, yang mengalami masalah buah pinggang dan jantung di Taman Bunga Raya, Bukit Beruang di sini.
Pada Ogos 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19, berkata pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima pelarasan pencen sama dengan kenaikan peratusan yang dinikmati penjawat awam sedang berkhidmat, melalui dua fasa.
Anwar mengumumkan pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim SSPA akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa iaitu lapan peratus bagi Fasa 1 pada Dis 2024, manakala tujuh peratus untuk Fasa 2 pada Jan 2026.
Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) pula akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus dengan empat peratus bagi Fasa 1 dan tiga peratus bagi Fasa 2 manakala pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum Januari 2013 akan menerima pelarasan kedua sebanyak tujuh peratus.
--BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah pesara perkhidmatan awam yang dijangka akan menikmati pelarasan pencen Fasa 2 bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 1 Januari 2026? A: Lebih 950,000 pesara perkhidmatan awam dijangka akan menikmati pelarasan pencen Fasa 2 pada tarikh tersebut.
- Q: Apakah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 pada Ogos 2024 berkenaan pelarasan pencen untuk pesara dan penerima pencen terbitan? A: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima pelarasan pencen sama dengan kenaikan peratusan yang dinikmati penjawat awam sedang berkhidmat melalui dua fasa, iaitu Fasa 1 pada Disember 2024 dan Fasa 2 pada Januari 2026.
- Q: Apakah jenis sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz sempena Program Ziarah Pesara Uzur di Negeri Melaka? A: Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menyampaikan sumbangan kerusi roda elektrik kepada Azhar Hashim, seorang pesara yang pernah berkhidmat di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka, serta menyampaikan sumbangan katil kepada pesara Jabatan Imigresen Melaka, Bakhri Tamby Ali, sempena program tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

