BANGI: Lebih banyak latihan pengukuhan modal insan akan diberikan kepada masyarakat Orang Asli selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan persediaan negara untuk memasuki fasa endemik.
Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kementerian akan memastikan modul latihan terkini dapat diaplikasi selaras dengan aspirasi dan fokus negara terutama ke arah pendigitalan menerusi pelaksanaan MYDESA.
"MYDESA merupakan program latihan khusus untuk Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta turut melibatkan JPKKOA (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli) dalam memantapkan peranan dan tugas JPKKOA menerusi pembelajaran secara bersemuka dan sesi latihan,
"Selain kemudahan infrastruktur asas masyarakat Orang Asli termasuk ameniti sosial diperluas, pembangunan modal insan dan peningkatan kadar pendapatan masyarakat tersebut turut diberi tumpuan," katanya pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Kepimpinan MYDESA JPKKOA Negeri Pahang Tahun 2022 di sini malam tadi.
Program selama tiga hari bermula semalam di Pusat Latihan Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi itu melibatkan 60 peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha JPKKOA Negeri Pahang.
Abdul Rahman juga berkata sehingga kini, terdapat sejumlah 276 JPKKOA di seluruh negara yang berperanan sebagai jawatankuasa mengurus dan melaksanakan pembangunan, kemajuan serta keselamatan kampung sekali gus bertindak sebagai perantara komuniti masyarakat Orang Asli dan pihak kerajaan.
"Sebanyak RM274 juta peruntukan dalam Bajet 2022 disediakan bagi komuniti Orang Asli sekali gus diyakini mampu melaksanakan agenda pembangunan dan kemajuan masyarakat luar bandar melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)," katanya.
Beliau turut menyampaikan replika cek elaun bernilai RM1.29 juta kepada wakil Pengerusi dan Setiausaha JPKKOA Negeri Pahang Tahun 2022.
Turut hadir Ketua Pengarah JAKOA Sapiah Mohd Nor dan Pengarah INFRA Noraina Masduki.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022
Abdul Rahman berkata kementerian akan memastikan modul latihan terkini dapat diaplikasi selaras dengan aspirasi dan fokus negara terutama ke arah pendigitalan menerusi pelaksanaan MYDESA. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih banyak latihan pengukuhan modal insan untuk Orang Asli
Lebih banyak latihan pengukuhan modal insan akan diberikan kepada masyarakat Orang Asli selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan persediaan negara untuk memasuki fasa endemik.