KUALA LUMPUR: Bermula dengan hanya sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri sekitar lima dekad lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi sebuah agensi penguatkuasaan yang digeruni selepas berjaya membongkar pelbagai kes rasuah berprofil tinggi.
SPRM yang kini menjejak usia matang ke-54 tahun, tidak lagi menoleh ke belakang malah lebih fokus untuk membanteras isu-isu rasuah dalam sektor perolehan, penguatkuasaan dan grand corruption (rasuah berskala besar), seiring dengan transformasi ekonomi dan perkembangan sosiobudaya masa kini.
"Kita tidak boleh duduk di takuk lama, kita sudah melalui zaman pascakemerdekaan, zaman pembangunan modenisasi, perkembangan ekonomi, melalui zaman kesusahan kewangan ekonomi pada 1999 kemudian negara berkembang semula dan perubahan landskap politik," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki.
Perkongsian Azam mengenai perkembangan semasa suruhanjaya itu dibuat menerusi wawancara khas bersama media yang berlangsung secara maya sempena sambutan ulang tahun BPR/SPRM Ke-54 hari ini yang bertemakan 'Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi'.
Menurut Azam, selepas lebih separuh abad SPRM menjadi agensi ulung dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa mengikut undang-undang, pelbagai cabaran turut dihadapi.
Beliau berkata jenayah yang berbentuk grand corruption dan jenayah sindiket semakin meningkat dan pihaknya perlu melihat kaedah penyiasatan yang lebih kemas dan berkesan.
"Kita perlu menggandakan usaha dalam kaedah perisikan dan penyiasatan menggunakan teknologi yang lebih maju dan saya akan memohon kepada kerajaan untuk membantu kita menambah kapasiti dalam peningkatan penggunaan teknologi dalam siasatan," katanya.
Mengulas mengenai sambutan ulang tahun SPRM kali ini, Azam berkata pelbagai program telah dirangka untuk mempromosikan semangat integriti dalam kalangan masyarakat.
"Integriti ini bermaksud amanah, tanggungjawab, disiplin dan perkara-perkara baik dalam diri manusia itu, jika perkara ini tiada, sudah tentu apa sahaja usaha kita untuk perangi rasuah tidak berkesan.
"Antara lain, kita perlu mengadakan undang-undang dan peraturan yang sesuai untuk menyemarakkan budaya integriti dalam kalangan masyarakat, pegawai kerajaan dan pegawai SPRM. Selepas itu, barulah usaha untuk memerangi rasuah boleh dijalankan dengan berkesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021
Bermula dengan hanya sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri sekitar lima dekad lalu, SPRM kini menjadi sebuah agensi penguatkuasaan yang digeruni.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Malaysia terima lima kajian baharu "First-in-Human" -Dzulkefly
Malaysia telah menerima lima kajian baharu First-in-Human (FIH) menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) sekali gus mencatatkan rekod tertinggi FIH yang pernah dicapai.
Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak
SPRM menahan reman seorang lagi individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas
SPRM Pulau Pinang mereman bekas pengarah eksekutif sebuah agensi kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan RM300,000 melibatkan pembelian pedati emas.
Kecekapan SPRM bawa kejayaan kepada tangkapan taikun Singapura - Azam Baki
Setelah hampir dua dekad melarikan diri, seorang taikun warga Singapura yang terlibat dalam kes penyelewengan AS$51 juta (RM227 juta) akhirnya berjaya ditangkap bersama isterinya di Johor, semalam.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.