Lebih ramai guru Bahasa Inggeris ditempatkan di luar bandar

Astro Awani
Julai 23, 2015 23:32 MYT
KAMALANATHAN: Inisiatif ini ialah sebagai langkah permulaan bermatlamat mengurangkan jurang Bahasa Inggeris antara sekolah luar bandar dan di bandar.
Lebih 200 buah sekolah di kawasan Kelantan, Terengganu dan Kedah dikenal pasti memerlukan lebih kepakaran guru Bahasa Inggeris.
Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan telah menempatkan lebih ramai guru mata pelajaran tersebut agar pelajar dari kawasan luar bandar itu dapat mengukuhkan kemahiran berbahasa Inggeris mereka.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan inisiatif ini ialah sebagai langkah permulaan bermatlamat mengurangkan jurang Bahasa Inggeris antara sekolah luar bandar dan di bandar.
diperluaskan kepada yang lain.
"Kita akan menghantar guru terlatih kepada kawasan luar bandar. sekolah-sekolah hot spot.
"Guru-guru cemerlang akan dihantar ke kawasan terbabit untuk membantu pelajar mengukuhkan bahasa mereka. Guru terlatih sudah dihantar ke kawasan pedalaman di Kedah, Kelantan dan Terengganu. "
"Terdapat 200 buah sekolah yang akan menjadi fokus kami. Banyak yang telah dilakukan dan kita akan melihat prestasi mereka tahun depan," kata Kamalanathan.
Tambahnya, antara kelemahan pelajar sekolah luar bandar ialah kurang pertuturan dan bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Guru Bahasa Inggeris Pulau Pinang (PELTS) 2015 anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, Kamalanathan mengingatkan syarikat penerbitan agar meningkatkan mutu penerbitan pendidikan bagi memastikan bahan-bahan pendidikan bebas daripada kesalahan ejaan dan tatabahasa.
Kamalanathan mengulas mengenai dakwaan terdapat buku latihan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik untuk pelajar tingkatan tiga yang mempunyai kesalahan tatabahasa.
#bahasa Inggeris #guru #kamalanathan #luar bandar #pelajar