MALAYSIA
Lebih ramai komuniti perniagaan bumiputera digalak ceburi sektor bernilai tinggi
Akmal Nasrullah berkata dalam merealisasikan hasrat itu, bakat muda bumiputera perlu terus diperkasa dengan kemahiran global dan kepimpinan berwibawa. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan berharap lebih ramai dalam kalangan komuniti perniagaan bumiputera dapat melibatkan diri dalam industri bernilai tinggi seperti teknologi digital dan inovasi hijau.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata dalam merealisasikan hasrat itu, bakat muda bumiputera perlu terus diperkasa dengan kemahiran global dan kepimpinan berwibawa.
Pada masa sama, katanya kolaborasi antara firma bumiputera, korporat besar bersama rakan antarabangsa juga perlu diperkukuh dan kerajaan akan terus kekal komited mewujudkan ekosistem perniagaan yang menghargai kecemerlangan serta integriti.
"Kita akan terus memperluas akses kepada pembiayaan dan modal teroka bagi perusahaan yang sedang berkembang, memperkukuh proses memudah cara eksport dan rantaian pasaran antarabangsa, mempercepat penerapan digital dan ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) bagi meningkatkan daya saing.
"Kerajaan juga akan mempermudah proses peraturan bagi mengurangkan kos serta kerumitan perniagaan," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera 2025 (BBEA 2025) di sini hari ini.
Hadir sama Tengku Sri Temenggong Raja Terengganu Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud, Pengerusi BBEA Datuk Dr Muhamad Iqbal Mohamad serta Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.
Akmal Nasrullah berkata usaha meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor bernilai tinggi itu selari dengan visi Malaysia untuk membina ekosistem ekonomi bumiputera yang dinamik, berdaya saing dan bersepadu di peringkat global.
"Usahawan bumiputera hari ini bukan sekadar pemacu ekonomi domestik, tetapi juga penyumbang terhadap masa depan serantau dan global negara kita.
"Perniagaan bumiputera tiang penting dalam struktur ekonomi negara, menyediakan pekerjaan, membina industri dan menjadi teras kepada rantaian bekalan domestik, dengan matlamat lebih besar iaitu memastikan kemakmuran dikongsi bersama.
"Selain itu peluang (perniagaan) diagihkan dengan adil dan pembangunan tidak meninggalkan mana-mana rakyat," katanya.
Beliau berkata kejayaan usahawan bumiputera antaranya dalam sektor, teknologi, pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan tenaga, melambangkan Malaysia yang inklusif dengan berdaya saing berakar pada identiti sendiri namun berwawasan global.
-- BERNAMA