MALAYSIA
Lebih ramai pelajar Malaysia berpeluang masuk SJTU, universiti ke-3 terbaik China - Asyraf Wajdi
Majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MARA dengan Shanghai Jiao Tong University (SJTU) hari ini. - Foto DPMO
SHANGHAI: Reputasi terbaik dalam bidang kejuruteraan dan bidang TVET termaju serta inovasi penyelidikan menjadikan Shanghai Jiao Tong Universiti (SJTU) berada di kedudukan ke-3 universiti terbaik di China dan di kedudukan ke-47 dunia.
Ringkasan AI
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerjasama MARA dan SJTU bukan sahaja membuka laluan kepada pelajar MARA untuk memperoleh pendedahan global bertaraf antarabangsa, tetapi turut memperkukuh peranan MARA sebagai peneraju dalam melahirkan modal insan Bumiputera yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Shanghai Jiao Tong University (SJTU) yang berlangsung di kampus SJTU, Shanghai.
“Melalui perjanjian ini, MARA dan SJTU akan bekerjasama dalam beberapa bidang strategik antaranya pertukaran kepakaran teknikal TVET bertaraf tinggi dengan integrasi AI serta pertukaran kepakaran bagi memperkukuh kapasiti institusi, pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan akademik bersama yang memfokuskan kepada inovasi, sains dan teknologi, pertukaran pelajar dan tenaga akademik bagi tujuan pengajian lanjutan, latihan serta penyelidikan serta penerokaan peluang biasiswa dan kerjasama akademik untuk pelajar Malaysia di SJTU," katanya di sini hari ini.
Majlis turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden SJTU, Liu Weidong.
Menurut Asyraf Wajdi lagi, kerjasama ini bukan sahaja membuka laluan kepada pelajar MARA untuk memperoleh pendedahan global bertaraf antarabangsa, tetapi turut memperkukuh peranan MARA sebagai peneraju dalam melahirkan modal insan Bumiputera yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Tambah beliau, inisiatif ini juga sejajar dengan visi MARA untuk memperkasakan golongan belia Malaysia melalui pendidikan berkualiti dan jaringan kerjasama antarabangsa, seterusnya menyumbang ke arah pembentukan ekonomi Bumiputera berasaskan pengetahuan dan inovasi.
Ditubuhkan pada tahun 1896, SJTU merupakan antara universiti tertua dan paling berprestij di China, yang diiktiraf atas kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan, sains, perniagaan dan teknologi.
Ringkasan AI
- Shanghai Jiao Tong University (SJTU) berada di kedudukan ke-3 terbaik di China dan ke-47 dunia berdasarkan reputasi terbaik dalam kejuruteraan, TVET, dan inovasi penyelidikan.
- Majlis Amanah Rakyat (MARA) menandatangani MoU dengan SJTU, membolehkan pelajar MARA mendapat pendedahan global, meningkatkan modal insan Bumiputera, serta memperkukuh peranan MARA sebagai peneraju dalam persediaan menghadapi cabaran masa depan.
- Kerjasama ini termasuk pertukaran kepakaran teknikal TVET, pertukaran pelajar, penyelidikan bersama, dan potensi penajaan yuran pengajian oleh MARA bagi pelajar Malaysia di SJTU, selaras dengan visi MARA untuk memperkasakan golongan belia Malaysia melalui pendidikan berkualiti dan kerjasama antarabangsa.