SERDANG: Lebih ramai petugas barisan hadapan akan dapat menjalani proses vaksinasi COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), mulai minggu depan.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.
"Kita nak pastikan kakitangan barisan hadapan diberi perlindungan yang terbaik melalui vaksin," katanya kepada media selepas melawat PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS, di sini semalam.
Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit di fasiliti berkenaan termasuk mendengar taklimat daripada Pengarah PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS Dr Shahabuddin Ibrahim serta menyaksikan proses imunisasi kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut Dr Shahabuddin, seramai 216 petugas barisan hadapan telah divaksinasi di fasiliti itu.
"Kapasiti sehari di sini, kami boleh vaksin seramai 96 orang dan bermula minggu hadapan kami jangka kapasiti akan meningkat kepada 144 orang sehari," katanya.
Beliau berkata proses vaksinasi petugas KKM di fasiliti itu dijangka selesai Rabu depan, sebelum disusuli proses vaksinasi petugas dari agensi lain seperti polis, bomba, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021
Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. - Gambar fail
Polis Sarawak siap siaga tangani aspek keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata yakin anggotanya cukup bagi menangani aspek keselamatan sepanjang berlangsungnya SUKMA 2024 di Sarawak
Pemain bola sepak Sarawak diminta jaga keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata menasihati pemain dari negeri itu agar meningkatkan kewaspadaan susulan kes serangan dan jenayah membabitkan pemain bola sepak.
Kompleks latihan OKU kedua Sabah dibina di Sandakan
Dengan kos pembinaan RM3.2 juta ringgit, kompleks latihan yang sedang dalam pembinaan itu adalah yang kedua di Sabah selepasKompleks Latihan dan Pemulihan OKU Kimanis, Papar.
Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan MP - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang
Peruntukan RM1.41 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar Sabah
Peruntukan ini melibatkan 295 projek yang terdiri daripada 70 projek baharu dan 225 projek sambungan dengan kos keseluruhan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang berjumlah RM17.8 bilion.
Legasi besar Mutang Tagal untuk etnik Orang Ulu
Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) Kennedy Chukpai Ugon menyifatkan mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan banyak berjasa dalam menyatukan masyarakat Orang Ulu.
GPS, PBB dukacita atas pemergian Mutang Tagal
Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan Mendiang Datuk Mutang Tagak bukan sekadar rakan seperjuangan dalam politik tetapi juga kenalan rapat seluruh ahli keluarga.
DUN Sarawak bertafakur seminit peringati Mutang Tagal
Sebagai tanda penghormatan kepada Mendiang Datuk Muntang, Timbalan Speaker Datuk Idris Buang meminta seluruh ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk bertafakur selama satu minit.
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan wanita, akauntan didenda RM4,500
Seorang akauntan didenda RM4,500 selepas mengaku mengaibkan kehormatan rakan sekerja wanitanya dengan memasang CCTV di tandas pejabat.
Pakar saham Bumiputera, Nazarry Rosli meninggal dunia akibat COVID-19
Allahyarham kerap muncul di Astro AWANI sebagai tetamu mengulas tentang keadaan pasaran saham serta nilai ringgit.
Perginya seorang ayah angkara COVID-19...
Kehilangan orang tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diterima oleh mana-mana individu, namun ia harus jua ditelan dengan reda.
MAHA 2020 akan diadakan secara hibrid - Ismail Sabri
Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2020 akan diadakan pada 26-29 November 2020.
Sultan Johor cadang gelaran mat rempit ditukar kepada 'brother motor'
Sultan Ibrahim yang juga peminat motosikal berkuasa tinggi bertitah gelaran 'mat rempit' berbunyi seperti sampah masyarakat dan menggambarkan golongan itu sebagai samseng jalanan.