MALAYSIA
Lebih RM159 juta dana awam diselamatkan, hasil reformasi tadbir urus negara - PM Anwar
Biarpun pindaan terhadap Akta Audit 1957 bukan langkah reformasi yang glamor atau menarik di kalangan masyarakat, Perdana Menteri Anwar menegaskan, ia adalah sesuatu langkah yang perlu. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Peluasan bidang kuasa Ketua Audit Negara melalui pindaan terhadap Akta Audit 1957, termasuk mengaudit entiti yang menerima dana awam, mengesan aliran wang – antara lain adalah langkah reformasi Kerajaan untuk mengukuhkan tadbir urus negara.
Biarpun pindaan tersebut bukan langkah reformasi yang glamor atau menarik dalam kalangan masyarakat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menegaskan, ia adalah sesuatu langkah yang perlu.
Selain itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan MADANI juga telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Ketidakaturan Serius (JTKS) bagi menangani ketirisan atau kebocoran dana awam yang serius.
“Sekali lagi ia tidak mendapat tempat di muka hadapan media, tetapi ia jelas memenuhi objektif utama penubuhannya – iaitu mengambil tindakan terhadap pelaku, dan melindungi dana awam.
“Sejak 2024, audit susulan berjaya mendapatkan semula dan melindungi (dana awam) sekitar RM159 juta,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Konfederasi Asia Institut Juruaudit Dalaman (ACIIA) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, pada Selasa.
Bertemakan Internal Audit in a Polycrisis Era: Adapting, Assuring, and Advancing, persidangan itu menerima penyertaan hampir 1,500 profesional tadbir urus dari 26 negara menjadikannya acara audit dalaman terbesar di Asia.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, tugas akauntan dan juruaudit dalaman amat penting.
“Kita telah menyaksikan di masa lepas, bagaimana juruaudit, atau syarikat, atau agensi penarafan yang gah disiasat kerana kekurangan integriti, serta bersubahat kerana sikap tamak.
“Kita juga telah mengalami pelbagai skandal kewangan di masa lepas, termasuk 1MDB. Ia mungkin tidak terjadi tanpa subahat juruaudit, juruaudit dalaman dan institusi kewangan antarabangsa.
“Justeru, kita perlu mengambil ini sebagai satu cabaran, dan menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang,” tegasnya lagi.