awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih RM23 juta tunggakan premium oleh agensi pembangunan tanah persekutuan - MB Kelantan

Bernama
Bernama
21/11/2024
15:24 MYT
Lebih RM23 juta tunggakan premium oleh agensi pembangunan tanah persekutuan - MB Kelantan
Mohd Nassuruddin berkata Kerajaan Kelantan telah mengambil langkah yang sewajarnya, seperti mengeluarkan Notis 5A dan mengadakan rundingan dengan agensi-agensi terlibat. - Gambar Sinar Harian
KOTA BHARU: Lebih RM23.4 juta jumlah tunggakan premium serta bayaran lain yang belum dijelaskan oleh agensi pembangunan tanah persekutuan di Kelantan.
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata agensi yang terlibat termasuk Felcra Berhad sebanyak RM14.75 juta, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berjumlah RM1.55 juta dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bernilai RM7.13 juta.
Beliau berkata Kerajaan Kelantan telah mengambil langkah yang sewajarnya, seperti mengeluarkan Notis 5A dan mengadakan rundingan dengan agensi-agensi terlibat.
"Kelulusan yang tidak disertai bayaran kepada Notis 5A akan luput, namun bagi kawasan yang terikat dengan Akta Tanah (Kawasan Petempatan Berkelompok) 1960 (Akta GSA), penamatan kawasan perlu mematuhi kehendak akta tersebut sebelum tanah boleh dilupuskan kepada pemohon lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Rohimi Wan Daud (PAS-Melor) yang bertanya mengenai keluasan tanah-tanah rancangan yang masih gagal membayar premium oleh agensi terlibat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Nassuruddin berkata bagi negeri Kelantan hanya FELDA yang membangunkan tanah menggunakan Akta GSA, manakala FELCRA dan Kesedar tidak menggunakan Akta GSA.
"Tanah-tanah dalam kawasan GSA yang perlu dibayar premium oleh agensi berkaitan adalah terbahagi kepada dua kategori iaitu kawasan penempatan kediaman peneroka dan kawasan yang digunakan oleh agensi untuk tujuan fasiliti pentadbiran Kawasan ladang (Seksyen 5).
"Bagi tanah-tanah yang digunakan untuk tujuan fasiliti pentadbiran agensi sekiranya premium gagal dijelaskan kelulusan pemberi milikan itu akan luput," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#FELCRA
#Akta GSA
#tanah persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan