awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
Malaysia kekal destinasi pelancongan hujung tahun utama penduduk Singapura
Indonesia, Australia tandatangani perjanjian keselamatan terbesar dalam tiga dekad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih RM4 juta diperuntuk hadapi Monsun Timur Laut di Terengganu

Bernama
Bernama
26/09/2024
04:25 MYT
Lebih RM4 juta diperuntuk hadapi Monsun Timur Laut di Terengganu
Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Monsun Timur Laut mungkin berlaku lebih awal tahun ini. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA TERENGGANU: Sebanyak RM4.2 juta diperuntuk bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) di Terengganu yang dijangka bermula bulan depan, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri Hanafiah Mat.
Beliau berkata jumlah itu termasuk RM2.2 juta peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat bagi pembelian pelbagai barangan keperluan dan makanan mangsa banjir.
Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri berkata barangan keperluan dan makanan akan ditempatkan di Depoh Simpanan Keperluan Bencana, depoh mini dan pangkalan hadapan yang terdapat di seluruh negeri bermula awal bulan depan.
"Kita (Terengganu) ada sebuah Depoh Simpanan Bencana di Marang, depoh mini (10 lokasi) dan pangkalan hadapan (152 lokasi) untuk menempatkan pelbagai barang keperluan dan bantuan mangsa bencana atau banjir.
"Kita akan mula menghantar barangan ke lokasi terbabit awal bulan depan. Kawasan yang berisiko terputus hubungan seperti pulau dan pedalaman kita akan awalkan sedikit prosesnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hanafiah berkata pihaknya juga telah selesai mengadakan mesyuarat jawatankuasa bencana di semua daerah dan latihan simulasi banjir untuk semua peringkat termasuk jabatan, agensi serta orang awam.
Beliau berkata sebanyak 590 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan kapasiti 147,590 orang telah disediakan di negeri ini.
"Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Monsun Timur Laut mungkin berlaku lebih awal tahun ini.
"Oleh itu, kita membuat persiapan rapi lebih awal di semua peringkat bagi memastikan operasi menyelamat serta memindahkan mangsa terjejas berjalan lebih lancar," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#Negeri Terengganu
#Hanafiah Mat
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan