MALAYSIA
Lebih RM400 juta bina IPK Kelantan baharu di Tunjong

Mohd Yusoff berkata proses tender sedang dijalankan dan berharap pembinaan dapat dipercepat memandangkan IPK sedia ada yang dibina sejak 1980-an tidak lagi mampu menampung operasi semasa. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Polis Kelantan bakal mendapat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) yang baharu di Tunjong apabila kerajaan meluluskan pembinaan kompleks berkenaan dengan kos dianggar bernilai lebih RM400 juta.
Ringkasan AI
- Kerajaan meluluskan pembinaan kompleks Ibu Pejabat Kontinjen baharu bernilai lebih RM400 juta bagi menggantikan bangunan lama yang tidak lagi sesuai untuk operasi semasa.
- RM4.5 juta diperuntukkan untuk pembaikan balai dan kuarters polis termasuk pembaikan di IPD Pasir Mas dan beberapa balai lain yang uzur di seluruh Kelantan.
- APC baharu akan digunakan oleh Pasukan Gerakan Am untuk rondaan sempadan, dilengkapi ciri keselamatan moden termasuk kalis peluru.
"IPK Kelantan juga bakal menerima perolehan kenderaan pengangkut berperisai (APC) bagi kegunaan dan penugasan Pasukan Gerakan Am dalam rondaan di sempadan negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan bagi Ogos 2025 di pekarangan IPK Kelantan di sini hari ini.
Tanpa mendedahkan jumlah APC diterima, beliau berkata APC baharu ini lebih selesa dan dilengkapi dengan ciri keselamatan moden termasuk kalis peluru.
Pada Jumaat, media melaporkan Polis Diraja Malaysia menerima empat unit APC bagi memperkukuh pengoperasian dalam menjaga keselamatan negara terutama di sempadan negara.
Perolehannya bernilai RM10.72 juta itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) menerusi pembekal Global Komited Sdn Bhd dengan tempoh kontrak 24 bulan bermula 30 Mac 2024 hingga 29 Mac 2026.
Terdahulu, turut berlangsung majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan antara Datuk Mohd Nor Yhazid Idris dan SAC Mohd Khairiel Mohd Ariff.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami