NATIONAL

Lebih RM400 juta diperuntuk perkasa modal insan di Sabah

Assim Hassan 18/05/2025 | 10:00 MYT
Sejumlah RM470 juta diperuntukkan kerajaan Sabah dalam usaha mengangkat dan memperkasa modal insan di negeri itu. - Gambar/ Bernama
GOMBAK: Sejumlah RM470 juta diperuntukkan kerajaan Sabah dalam usaha mengangkat dan memperkasa modal insan di negeri itu.


Ringkasan AI
  • Kerajaan Sabah memperuntukkan RM470 juta untuk memperkasa modal insan, termasuk anak-anak Sabah di luar negeri, selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).
  • Inisiatif ini memberi manfaat kepada pelajar dan belia dengan menyediakan platform yang menyokong pendidikan dan pembangunan diri.
  • Program ini bukan sahaja mengasah bakat sukan anak-anak Sabah, tetapi juga memupuk semangat perpaduan, kesukanan dan silaturahim dalam kalangan peserta.


Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peruntukan ini tidak tertumpu kepada pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat di Sabah sahaja tetapi anak-anak Sabah yang berada di luar.

Malah menurutnya, usaha memperkasa modal insan ini adalah selari kerangka pelan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

"Yang menariknya saya melihat masa depan modal insan itu sebagai salah satu teras utama pelan pembangunan SMJ ini. Dan sebenatnya banyak inisitif yang beri banyak manfaat dan faedah kepada anak muda khususnya pelajar bagi menyediakan mereka satu platform suasana yang boleh menumpukan kepada pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Sukan Anak Sabah 2.0 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak pada Ahad.

Dalam ucapannya, Nizam berkata, Program Sukan Anak-anak Sabah memberi peluang kepada anak-anak negeri untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam pelbagai bidang sukan, tetapi juga telah menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan, perpaduan, dan silaturahim di kalangan peserta.

Katanya, ini adalah nilai-nilai murni yang perlu disemai dan dikekalkan dalam masyarakat.





#Ketua Menteri #Sabah #Datuk Nizam Abu Bakar Titingan #modal insan