Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Sinar Harian
April 24, 2024 16:30 MYT
April 24, 2024 16:30 MYT
SHAH ALAM: Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, setakat ini seramai 10 individu telah dirakam keterangan berhubung penemuan wang terbabit termasuk seorang pengurus sebuah syarikat.
"Tiada tempoh atau had masa untuk tuntutan tersebut.
"Setakat ini berdasarkan keterangan yang didapati belum memuaskan hati kita," katanya ketika sidang akhbar di Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.
Beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan forensik yang didapati berdasarkan pemeriksaan pada bagasi berkenaan.
"Siasatan dari pelbagai sudut masih dijalankan termasuk melibatkan sumber wang tersebut didapati.
"Analisis berkaitan cap jari juga sebelum ini telah dihantar kepada forensik dan kita masih menunggu laporannya," katanya. - Sinar Harian