awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih separuh murid Orang Asli SK Tohoi kembali ke sekolah

Bernama
Bernama
31/01/2016
00:32 MYT
Lebih separuh murid Orang Asli SK Tohoi kembali ke sekolah
Peningkatan kehadiran itu berbanding sekitar 100 murid ketika sesi persekolahan dibuka adalah disebabkan keyakinan ibu bapa. -Gambar fail
Kira-kira 62 peratus atau 117 daripada 189 murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang telah kembali ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran masing-masing, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Datuk Ab Aziz Abdullah.
Beliau berkata peningkatan kehadiran itu berbanding sekitar 100 murid ketika sesi persekolahan dibuka adalah disebabkan ibu bapa semakin yakin dengan tahap keselamatan anak-anak mereka di sekolah.
"Kita telah ambil tindakan memagar asrama sekolah berkenaan manakala Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pula menyediakan kenderaan untuk menghantar anak-anak mereka pergi dan balik setiap hari, bagi mereka yang enggan tinggal di asrama.
"Selain itu kesedaran mula timbul hasil penerangan dan kaunseling yang kita lakukan dari semasa ke semasa," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bachok di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata bagi ibu bapa yang masih tidak berpuas hati dengan langkah keselamatan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan, mereka boleh mengemukakan cadangan menerusi saluran tertentu seperti PIBG tanpa mendengar nasihat dari pihak luar.
"JPN Kelantan seterusnya akan menghantar cadangan itu kepada pihak Kementerian Pendidikan untuk dipertimbangkan," kata Ab Aziz.
SK Tohoi mempunyai 189 murid dan kebanyakan mereka tinggal di Kampung Penad, Gawin, Simpor, Sedal, Dangdut, Halak, Rekom dan Jader, kira-kira 60 kilometer dari SK Tohoi.
Ogos tahun lepas, tujuh murid SK Tohoi bertindak melarikan diri daripada asrama kerana takut dikenakan hukuman oleh guru selepas dikatakan mandi di sungai tanpa kebenaran.
Selepas hampir 50 hari hilang, Norieen Yaakob, 11, dan Miksudiar Aluj, 12, ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan dan dehidrasi di tebing sungai dalam hutan di situ.
Selain Miksudiar dan Norieen, lima lagi kanak-kanak yang hilang ialah Ika Ayel (9 tahun), Sasa Sobrie (8), Haikal Yaakob (8), Linda Rosli (8) dan Juvina David (7), yang kesemuanya dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.
Empat daripada kanak-kanak itu - Ika, Haikal, Linda dan Juvina kemudiannya ditemui mati, manakala Sasa belum ditemui sehingga kini.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#Jabatan Kemajuan Orang Asli
#JAKOA
#Sekolah Kebangsaan Tohoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan