awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
23/02/2024
12:27 MYT
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Ahmad berkata langkah itu, bagi memastikan pengguna tidak merasa keliru untuk menggunakan laluan tambahan di lorong paling kiri, lebuh raya terlibat. - Gambar Bernama
MUAR: Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata langkah itu, bagi memastikan pengguna tidak merasa keliru untuk menggunakan laluan tambahan di lorong paling kiri, lebuh raya terlibat.
Beliau berkata sebagai contoh di Johor, Plus Malaysia Berhad (PLUS) mempunyai beberapa laluan kecemasan yang dijadikan Smart Lane itu, antaranya di Seksyen Dato' Onn ke Pasir Gudang dan Seksyen Senai ke Kulai arah Utara serta Selatan.
"Semasa Tahun Baharu Cina baru-baru ini, Smart Lane ini dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang, namun ramai pengguna lebuh raya tidak mengetahuinya sehingga berlaku kekeliruan antara penunggang motosikal dengan pengguna yang lain.
"Saya juga nasihatkan laluan kecemasan ini bukanlah eksklusif hanya kepada kenderaan tertentu, tetapi ia boleh digunakan oleh motosikal, kenderaan rosak, operasi menyelamat dan juga Smart Lane ketika waktu tertentu termasuk perayaan," katanya kepada pemberita selepas Lawatan Kerja di Pejabat Operasi Plaza Tol Pagoh, Lebuhraya Utara Selatan, Pagoh di sini hari ini.
Ahmad berkata laluan Smart Lane sememangnya diperlukan terutamanya ketika musim perayaan, kerana direkodkan sebanyak 2.04 juta kenderaan telah menggunakan lebuh raya pada 8 Feb lepas dan angka itu tertinggi bagi tahun ini.
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kerja Raya menyokong usaha 33 konsesi lebuh raya di negara ini untuk menambah Stesen Pengecas EV, serta mengaplikasikan penggunaan tenaga solar di kawasan rehat.
Beliau berkata setakat ini terdapat sejumlah 32 Stesen Pengecas EV di semua lebuh raya dan akan ada penambahan 30 stesen lagi dalam masa terdekat.
"Usaha menaik taraf pelbagai kemudahan demi memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya kini sedang giat dijalankan, memandangkan sebelum ini semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang COVID-19 tiada kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PLUS
#musim perayaan
#tenaga solar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan