GEORGE TOWN: Setelah terpalit dengan pelbagai isu dan kontroversi, akhirnya, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Paya Terubong di sini, dibuka secara rasmi kepada orang ramai bermula hari ini.
Dengan ketinggian 61.5 meter, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus bakal menjadi ikon baharu negeri Pulau Pinang kerana mencatat rekod sebagai lebuhraya yang paling tinggi di Malaysia.
Pembukaan lebuhraya itu juga dijangka mengurangkan kesesakan jalan raya di negeri Pulau Mutiara itu sehingga 30 peratus.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selepas enam tahun mengharungi pelbagai cabaran, akhirnya, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus dibuka.
Katanya, projek berkenaan yang dibiayai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu adalah bagi menampung perkembangan pesat negeri tersebut berikutan pertambahan jumlah trafik di kawasan berkenaan.
“Walaupun kos pembinaan dan pengambilan tanah ditanggung oleh MBPP (sebanyak) RM378 juta, ia adalah projek yang dijanjikan oleh kerajaan negeri dengan mengambil kira pembangunan yang pesat di kawasan ini yang memerlukan sistem jalan bagi menampung memenuhi isi padu trafik,” kata beliau semasa berucap merasmikan pembukaan lebuhraya berkenaan di Paya Terubong di sini, pada Khamis.
Kon Yeow turut memaklumkan, projek berkenaan terbahagi kepada tiga bahagian dengan dua daripadanya dibiayai oleh pihak pemaju swasta berikutan jajaran jalan berkenaan melalui tanah pembangunan masing-masing dan dijangka siap pada 2025.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai isu keselamatan, Setiausaha Bandaraya MBPP, Ir A. Rajendran berkata, projek berkenaan direka mengikut piawaian Malaysia Standard (MS) dengan mengambil kira kawalan had laju, radius selekoh, central island, laluan pejalan kaki dan saliran perparitan.
Selain itu, katanya, projek itu memperoleh khidmat perundingan daripada syarikat berpengalaman membabitkan aspek reka bentuk di lebih 300 cerun dalam negara termasuk melantik pakar geologi yang mengkaji cerun secara spesifik.
Secara keseluruhannya, projek berkenaan menelan kos RM545.6 juta sepanjang 5.5 km yang menghubungkan tiga laluan utama iaitu Paya Terubong (Jalan Thean Teik)-Bukit Jambul dan Balik Pulau- Jalan Tun Sardon.
Laluan itu merupakan alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam untuk berhubung dengan kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan kawasan sekitarnya.
Projek itu pernah menimbulkan kontroversi apabila sebahagian struktur dalam pembinaan runtuh dan mengorbankan sembilan mangsa selain tiga orang cedera dalam kejadian pada Oktober 2018.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jan 13 2022

Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Paya Terubong, Pulau Pinang dibuka secara rasmi kepada orang ramai bermula hari ini. - Gambar Astro AWANI

Belanjawan 2024 sedia ruang, peluang penting dalam usaha tangani isu perubahan iklim
Belanjawan Malaysia 2024 yang bakal dibentang membuka ruang dan menyediakan peluang penting bagi menangani isu perubahan iklim.

Jabatan Perikanan giat kembangkan ternakan ikan susu
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.

Institusi dan pendidikan Islam diharap dapat keutamaan dalam Belanjawan 2024
Pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan diharap akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam.

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.

Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus mula dibuka hari ini
Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus bakal menjadi ikon baharu negeri Pulau Pinang.

Jika diteruskan, boleh cetus malapetaka besar - Pakar
Jika projek itu diteruskan, ia sangat bahaya berikutan kemungkinan akan berlaku runtuhan yang menyebabkan malapetaka besar.