awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebuhraya DASH, SUKE dapat kurangkan 30 peratus kesesakan lalu lintas

Firdaus Alauddin
Firdaus Alauddin
22/12/2018
07:37 MYT
Lebuhraya DASH, SUKE dapat kurangkan 30 peratus kesesakan lalu lintas
Pembinaan lebuh raya SUKE dan DASH dijangka siap pada tahun 2020.
Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damasara-Shah Alam (DASH) yang sedang dalam proses pembinaan dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sebanyak 30 peratus.
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), Muhd Ramali Abu Bakar berkata, melalui pembinaan dua lebuh raya tersebut, ia dapat meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti pengguna.
"Contohnya, sekarang, sekiranya individu yang menetap di Puncak Alam hendak ke Kuala Lumpur, ia akan mengambil masa perjalanan lebih kurang satu jam setengah sehingga dua jam ketika waktu puncak.
"Tetapi dengan lebuh raya DASH, perjalanan hanya akan mengambil masa 30 minit," katanya di program 'PROLINTAS Back to School' di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang di sini, pada Sabtu.
Tambahnya, pembinaan dua lebuh raya tersebut dijangka siap pada tahun 2020.
Muhd Ramali berkata, pihak perunding dan kontraktor juga sedang mencari jalan bagi mengelakkan berlakunya masalah banjir kilat.
Sebelum ini, ia dilaporkan kos pembinaan bagi lebuh raya SUKE adalah sebanyak RM4.6 bilion manakala lebuh raya DASH menelan kos sebanyak RM4.1 bilion. Dengan kedua-dua lebuh raya ini, kesesakan lalu lintas di kawasan Damansara, Jalan Sungai Buloh dan ibu kota dapat dikurangkan.
Lebuh raya SUKE bermula dari Sungai Besi ke Ulu Klang sepanjang 24.4km dan terdapat 14 persimpangan. Lebuhraya DASH pula ada 13 persimpangan di sepanjang 20.1km, bermula di Puncak Perdana, U10 Shah Alam dan berakhir di Persimpangan Penchala.
Konsep 'elevated highway' digunakan bagi kedua-dua lebuh raya, iaitu 90 peratus laluan tidak berada atas permukaan tanah tetapi dibina bertingkat di atas laluan jalan sedia ada, dengan tiga lorong setiap arah.
Topic Berkaitan
#banjir
#DASH
#kesesakan lalu lintas
#Kuala Lumpur
#lebuh raya
#shah alam
#suke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan