awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee dan PM Najib akan saksi permeterian perjanjian dua hala HSR hari ini

Bernama
Bernama
12/12/2016
22:37 MYT
Lee dan PM Najib akan saksi permeterian perjanjian dua hala HSR hari ini
Lee Hsien Loong dan Datuk Seri Najib akan menyaksikan permeteraian Perjanjian Dua Hala Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura. - Gambar fail
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatnya Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyaksikan permeteraian Perjanjian Dua Hala Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-7 hari ini.
Pejabat Perdana Menteri Singapura (PMO) dalam satu kenyataan berkata Lee akan mengunjungi Putrajaya pada Selasa (13 Dis) bagi Pemukiman Pemimpin itu.
Permeteraian Perjanjian Dua Hala itu merupakan kemuncak kepada perbincangan dua hala intensif sejak Pemukiman Pemimpin 2013, dan kedua-dua pihak mencatatkan kemajuan baik sejak permeteraian Memorandum Persefahaman pada Julai 2016, kata kenyataan itu.
Ia juga mencerminkan komitmen kedua-dua kerajaan terhadap projek tersebut yang akan meningkatkan kesalinghubungan, mengukuhkan hubungan ekonomi dan mengeratkan hubungan antara rakyat apabila ia siap kelak.
Perjanjian itu akan dimeterai oleh Menteri Penyelaras Singapura bagi Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Lee akan diiringi isteri beliau serta delagasi pegawai-pegawai kanan yang terdiri antaranya termasuklah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional Teo Chee Hean, Menteri Hal Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Grace Fu.
Pemukiman Pemimpin Tahunan itu adalah platform dua hala utama bagi kedua-dua Perdana Menteri untuk merapatkan hubungan dua hala, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura
#Lee Hsien Loong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan