awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee harap peruntukan keselamatan tidak dipotong dalam semakan semula Bajet 2016

Bernama
Bernama
14/01/2016
00:31 MYT
Lee harap peruntukan keselamatan tidak dipotong dalam semakan semula Bajet 2016
LEE: Saya menggesa kerajaan untuk tidak membuat pemotongan ketara dalam semakan dananya untuk sektor keselamatan dalam bajet.
Pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan 1Malaysia berharap peruntukan untuk keselamatan dalam Bajet 2016 yang dibentangkan tahun lepas tidak tertakluk kepada sebarang pengurangan ketara apabila ia disemak semula tahun ini, kata Pemegang Amanahnya, Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata ini penting terutama untuk Sabah khususnya di pantai timur bagi memastikan keselamatan rakyat dan peruntukan aset kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) agar terus mempertingkatkan keselamatan di sana.
"Saya menggesa kerajaan untuk tidak membuat pemotongan ketara dalam semakan dananya untuk sektor keselamatan dalam bajet. Ini penting memandangkan insiden penculikan dan pencerobohan yang dilaporkan di timur Sabah," katanya pada sidang media mengenai dasar dan strategi kerajaan di sini hari ini.
Beliau berkata, dalam Bajet 2016, sejumlah RM13.1 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan keselamatan negara termasuk untuk membina dua ibu pejabat polis daerah yang baharu di Kota Kinabalu dan Lawas (Sarawak), RM36 juta untuk membina kuarters pejabat dan menaik taraf pusat-pusat tahanan imigresen, dan RM50 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan di penjara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk mengkaji dan menyemak semula Bajet 2016 yang dibentangkan pada Oktober lalu akibat kejatuhan harga minyak dan beberapa faktor ekonomi di peringkat global.
Sementara itu Lee, yang juga pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), berkata soal keselamatan adalah saling berkaitan dengan di tempat kerja dan jalan raya.
Beliau berkata antara 6,000 dan 7,000 nyawa melayang dalam nahas jalan raya di seluruh negara setiap tahun dan berharap bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Pengangkutan khususnya agensinya seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) tidak akan dikurangkan secara drastik.
Topic Berkaitan
#Bajet 2016
#ESSCom
#Lee Lam Thye
#peruntukan keselamatan
#Yayasan 1Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan