MALAYSIA
Lee Lam Thye gesa wujudkan Indeks Kesejahteraan Mental Kebangsaan
Lee berkata, indeks itu akan menyediakan data kuantitatif mengenai kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial merentasi pelbagai kumpulan umur, profesion dan wilayah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Tan Sri Lee Lam Thye menggesa supaya diwujudkan Indeks Kesejahteraan Mental (MWI) sebagai satu alat menyeluruh untuk mengukur, memantau dan mempertingkatkan tahap kesihatan minda serta daya tahan emosi rakyat di negara ini.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata sudah tiba masanya Malaysia mengiktiraf kesejahteraan mental sebagai keutamaan kebangsaan dan mengukurnya secara sistematik, sebagaimana negara mengukur penunjuk kesihatan ekonomi dan fizikal.
"Kita mempunyai penunjuk untuk KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar), inflasi dan guna tenaga. Namun kita masih kekurangan kaedah yang teratur untuk menilai tahap kesihatan mental rakyat. Tanpa data yang tepat, kita tidak dapat menangani secara berkesan isu sosial yang semakin mendesak ini," katanya.
Lee berkata indeks itu akan menyediakan data kuantitatif mengenai kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial merentasi pelbagai kumpulan umur, profesion dan wilayah, di samping membantu kerajaan serta agensi berkaitan menyalurkan sumber dan merangka intervensi yang disasarkan di kawasan paling memerlukan.
Beliau berkata indeks itu juga akan membolehkan Malaysia menjejak kemajuan dari semasa ke semasa, menilai keberkesanan dasar kesihatan mental serta mengenal pasti bidang yang memerlukan perhatian segera.
Selain itu, Lee berkata indeks berkenaan juga boleh meningkatkan kesedaran, mengurangkan stigma serta memperkukuh daya ketahanan negara.
"Tujuan utama indeks ini adalah untuk menjadi penanda aras kebangsaan bagi menilai tahap kesihatan mental rakyat Malaysia, memaklumkan strategi kerajaan dan memantau kemajuan ke arah pembentukan negara yang lebih kuat dari segi mental.
"Indeks sedemikian juga dapat membantu Malaysia menyelaraskan usahanya dengan inisiatif global dalam mempromosikan kesejahteraan mental sebagai komponen penting pembangunan mampan, sama seperti Kebahagiaan Negara Kasar Bhutan dan Rangka Kerja Kesejahteraan OECD," katanya.
Lee turut menekankan keperluan kerjasama antara Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi membangunkan Indeks Kesejahteraan Mental itu menggunakan data, penyelidikan dan penglibatan awam yang boleh dipercayai.
"Kesihatan mental adalah asas kekuatan negara. Untuk membina Malaysia yang penyayang, produktif dan berdaya tahan, kita mesti bermula dengan memahami serta mempertingkatkan kesejahteraan mental rakyat," tambahnya.
-- BERNAMA