[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Legenda bola sepak Rahim Abdullah meninggal dunia

Bernama 25/03/2025 | 02:40 MYT
Pemergian Rahim dikongsikan FAM dalam satu kenyataan menerusi media sosial hari ini.
KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan seorang lagi legenda bola sepak Rahim Abdullah, 77, yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Pemergian Allahyarham yang pernah bergelar jurulatih kebangsaan pada tahun 1991 dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini.
Allahyarham dilahirkan di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 1947 juga seorang bekas pegawai polis dan pernah mewakili negara dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Pestabola Merdeka, Piala Kemerdekaan Vietnam Selatan dan Kejohanan Ulang Tahun Jakarta.
Kemuncak kariernya adalah ketika mewakili negara pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.
Jenazah akan disolatkan di Masjid Bukit Aman di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara.
-- BERNAMA
#Rahim Abdullah #legenda bola sepak #meninggal dunia