awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda gusti WWE 'The Iron Sheik' meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2023
03:21 MYT
Legenda gusti WWE 'The Iron Sheik' meninggal dunia
The Iron Sheik atau nama sebenarnya Hossein Khosrow Ali Vaziri meninggal dunia di usia 81 tahun pada Rabu. -Gambar fail/WWE
AHLI gusti terkenal era 80-an The Iron Sheik meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Berita duka pemergian The Iron Sheik atau nama sebenarnya Hossein Khosrow Ali Vaziri diumum ahli keluarganya pada Rabu.
Punca kematiannya, walau bagaimanapun, tidak dimaklumkan.
The Iron Sheik merupakan juara heavyweight WWE dan seterusnya dinobat dalam Hall of Fame pada tahun 2005.
Beliau dilahirkan di Iran dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1979.
Di awal penglibatannya, The Iron Sheik memulakan kerjaya sebagai pembantu jurulatih pasukan gusti Amerika Syarikat sebelum menyertai WWE yang ketika itu dikenali sebagai WWF.
Beliau menjadi terkenal pada tahun 1980-an apabila menewaskan Bob Backlund untuk memenangi kejuaraan WWF World Heavyweight.
The Iron Sheik bagaimanapun tewas kepada Hulk Hogan dalam perlawanan yang menjadi antara babak gusti paling terkenal dalam sejarah.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Caryl Vaziri, dan tiga anak perempuan, Tanya, Nikki dan Marisa.
Topic Berkaitan
#WWE
#The Iron Sheik
#Hossein Khosrow Ali Vaziri
#Hulk Hogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan