LEGOLAND Malaysia Resort (LMR) pada Rabu secara rasmi melancarkan Roller Coaster Realiti Maya LEGO (VR) yang pertama di dunia di taman temanya, di sini.
Permainan 'The Great LEGO Race' menampilkan pengalaman roller coaster yang lebih menarik dengan pengembaraan baharu yang belum pernah dirasai di taman tema LEGOLAND.
Menurut pengarah Jualan dan Pemasaran LEGOLAND Malaysia, Thila Munusamy, permainan itu yang direka dan dibangunkan oleh Merlin Magic Making, menampilkan pelbagai karektor berwarna-warni daripada dunia animasi LEGO Minifigure.
"The Great LEGO Race membangkitkan imaginasi dunia LEGO dan memberi kejutan kepada kanak-kanak.
"Pengunjung akan merasai pengalaman dan cabaran yang teruja dalam roller coaster yang diterajui oleh Trendsetter, Pharaoh, Surfer Girl, Wizard dan Pirate Captain," kata beliau pada pelancaran roller coaster bercirikan realiti maya itu.
Turut hadir pengarah komunikasi korporat Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof dan Ketua IT dan Perniagaan Telefon Bimbit Samsung Malaysia Electronics, KM Liew.
Thila berkata pengunjung boleh menaiki roller coaster dengan mengenakan atau tanpa alat pendengar dan permainan itu sesuai untuk kanak-kanak berusia enam tahun dan ke atas.
"Durasi menaiki permainan itu ialah tiga minit dan jumlah maksimum penumpang setiap perjalanan ialah empat manakala ketinggian maksimum roller coaster di atas paras trek ialah 18 metetr," kata beliau sambil menambah penumpang perlu mempunyai ketinggian 120 cm untuk menaiki seorang diri.
Ketika ditemui Bernama kemudian, Thila berharap bahawa pengalaman menaiki roller coaster akan menarik lebih ramai pengunjung ke LMR, terutama semasa cuti persekolahan akhir tahun.
Thila juga berkata perjalanan menaiki roller coaster itu akan dilancarkan di LEGOLAND Florida Resort dan LEGOLAND Deutschland Resort tahun depan.
Terdahulu, seramai 30 pengamal media tempatan dan antarabangsa diberi peluang untuk menaiki roller coaster tersebut untuk merasai pengalaman.
Wakil media tempatan, Fazrin Nazieha Hasbullah, 22, berkata beliau berasa sangat istimewa apabila merasai pengalaman menaiki roller coaster realiti maya yang pertama di dunia.
"Saya berasa takut pada mulanya tetapi pengalaman itu hebat dan sangat menghiburkan," katanya.
Sejak dibuka pada 2012, Legoland Malaysia secara konsisten telah menambzah tarikan dan pengalaman baharu kepada pengunjung setiap tahun dengan memperkenalkan Taman Tema Air, Legoland Hotel, Ninja Go dan Star Wars.
The Great Lego Race menggantikan permainan roller coaster sedai ada dikenali Project X.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2017
Iskandar Mirza (tiga kiri) dan Pengurus Besar Kluster Kumpulan Lego (Singapura dan Malaysia) Leslie Falvey (empat, kanan) bergambar pada pelancaran Roller Coaster Realiti Maya LEGO di LEGOLAND Malaysia Resort pada Rabu. --fotoBERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Deepavali: Sesi PdP dalam talian, hibrid untuk pelajar, pengajar Hindu - KPT
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu adalah bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada Khamis ini.
Pulang dari bercuti, fenomena air pasang sumbang peningkatan mangsa banjir di PPS
Walaupun hujan sudah berkurangan dan cuaca semakin baik, jumlah mangsa banjir di negeri Kedah terus meningkat.
Konsep santai dan moden tarikan Perpustakaan Negeri Sembilan
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang berkonsepkan moden, santai dan interaktif menarik lebih ramai pengunjung sekali gus membawa manfaat serta memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.
Parkir percuma di MAHA 2024 bermula hari ini
Caj parkir tidak lagi dikenakan kepada pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 bermula hari ini.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.
KTMB sedia tren tambahan sempena cuti sekolah, cuti peristiwa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya.
Thailand siap siaga hadapi hujan lebat bermula esok
Thailand bersiap siaga menghadapi hujan lebat dalam beberapa hari akan datang, dengan 44 wilayah berisiko dilanda banjir kilat, limpahan air dan ombak kuat.
MAHB catat jumlah pergerakan penumpang lebih 11 juta pada Februari 2024
Antara faktor penyumbang adalah cuti sekolah selama sebulan, Festival Musim Bunga Cina selama lapan hari, pengenalan syarikat penerbangan baharu dan kekerapan tambahan.
Silverlakes Village Outlet bermandi cahaya, 150,000 bunga hiasi Pesta Lampu Flora
Pesta Lampu Flora sasar kira-kira 100,000 pengujung dari seluruh Malaysia akan datang merasai sendiri keunikan cahaya bergemerlapan.