[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Leka bermain basikal lajak, lima kanak-kanak ditahan polis

Astro Awani 23/06/2018 | 10:01 MYT
Kesemua kanak-kanak terbabit berusia antara 10 hingga 12 tahun ditahan polis pada jam 5.45 petang Jumaat. - Foto ihsan PDRM
Sekumpulan kanak-kanak yang leka menunggang basikal lajak secara berbahaya di jalan raya tanpa menghiraukan keselamatan ditahan sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan di Jalan Tok Elong, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Kesemua kanak-kanak terbabit berusia antara 10 hingga 12 tahun ditahan polis pada jam 5.45 petang Jumaat selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung aktiviti terbabit.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid memaklumkan, kanak-kanak terbabit dibawa ke Balai Polis Trafik Bukit Mertajam untuk tindakan lanjut.
Nik Ros Azhan berkata pihak polis telah mengambil keterangan mereka dan menasihatkan mereka supaya tidak melakukan aktiviti berbahaya berkenaan.
Kelima-lima kanak-kanak tersebut bersama basikal mereka kemudian diserahkan kepada waris.
#basikal lajak #jalan raya #Jalan Tok Elong #Kanak-kanak #keselamatan #Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid #Permatang Pauh #polis