MALAYSIA
Lelaki 28 tahun maut ditikam di depan rumah di Senawang
Mangsa maut akibat ditikam di dada dalam kejadian di Taman Seri Pagi, Senawang, berpunca daripada perselisihan faham dengan suspek. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 28 tahun maut akibat ditikam di dada dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Taman Seri Pagi, Senawang, di sini, petang semalam.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata siasatan awal mendapati kejadian pada 6.50 petang itu berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.
"Suspek menikam dada mangsa menggunakan pisau hingga menyebabkan kematian. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 7.28 malam oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Hatta berkata suspek berusia 31 ditahan di lokasi kejadian dengan bantuan penduduk taman perumahan tersebut serta merampas sebilah pisau.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan, suspek direman bermula hari ini hingga 18 Ogos.
Dalam pada itu seorang jiran berusia 66 tahun di kawasan perumahan itu berkata dia terdengar jeritan bapa mangsa lalu bergegas keluar untuk melihat kejadian.
"Saya lihat mangsa berlumuran darah, jiran juga ramai keluar...saya bersama penduduk membantu mengikat suspek dengan tali supaya dia tidak melarikan diri," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 28 tahun maut akibat ditikam di dada dalam kejadian di Taman Seri Pagi, Senawang, berpunca daripada perselisihan faham dengan suspek.
- Suspek berusia 31 tahun ditahan di lokasi kejadian dengan bantuan penduduk, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Jiran dan penduduk taman membantu mengikat suspek, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian.