MIRI: Seorang lelaki ditemui maut dengan kesan kecederaan pada kepala dan badan dipercayai akibat dibunuh di sebuah ladang ternakan ayam di Lambir, Miri, Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, laporan penemuan mangsa yang berusia 46 tahun telah diterima pada 10.30 malam daripada orang awam.

"Mangsa merupakan pekerja di ladang berkenaan. Polis percaya majikannya adalah suspek kejadian ini.

"Susulan itu, polis telah telah menahan dua lelaki tempatan berusia 36 dan 46 tahun bagi membantu siasatan dan kes  disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.