awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ada rekod sakit mental meninggal dunia lepas mengamuk

Bernama
Bernama
12/09/2025
09:40 MYT
Lelaki ada rekod sakit mental meninggal dunia lepas mengamuk
Siasatan oleh polis di tempat kejadian mendapati lelaki itu telah bertindak agresif sehingga mengancam keselamatan ahli keluarga. - Gambar/ Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang mempunyai rekod sakit mental meninggal dunia selepas mengamuk di rumah keluarganya di Taman Desa Baru, Gelugor di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan daripada kakak mangsa pada 3.58 pagi memaklumkan adik lelakinya telah mengamuk dan meminta bantuan kecemasan daripada polis.
"Pasukan polis yang tiba di tempat kejadian menemukan seorang lelaki berusia 48 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tertiarap di bahagian dapur. Lelaki terbabit kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Pulau Pinang (HPP) yang tiba di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan oleh polis di tempat kejadian mendapati lelaki itu telah bertindak agresif sehingga mengancam keselamatan ahli keluarga.
Bagaimanapun, lelaki itu telah terjatuh ketika cuba ditenangkan oleh ahli keluarga dan tidak sedar diri.
Abdul Rozak berkata bedah siasat yang dijalankan di HPP menunjukkan punca kematian lelaki itu akibat paru-paru berair dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki sakit mental
#lelaki mengamuk
#meninggal dunia
#Taman Desa Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan