awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Afrika gigit telinga koperal hingga putus

Sinar Harian
Sinar Harian
25/04/2025
10:00 MYT
Lelaki Afrika gigit telinga koperal hingga putus
Seorang anggota polis putus telinga kiri selepas digigit lelaki Afrika yang mengamuk di sebuah klinik di Metro Prima, Kepong pada Jumaat. -Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat koperal putus telinga kiri selepas digigit seorang lelaki warga Afrika yang bertindak agresif ketika cuba ditahan di sebuah klinik swasta di Metro Prima di sini, pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang anggota polis putus telinga kiri selepas digigit oleh seorang lelaki warga Afrika yang mengamuk di sebuah klinik di Metro Prima, Kepong.
  • Anggota polis tersebut mengalami pendarahan teruk dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
  • Suspek, seorang pelajar kolej swasta berusia 38 tahun, telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, anggota berkenaan bersama seorang rakan setugas dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang pesakit warga asing yang mengamuk di premis berkenaan.
Menurut sumber, suspek pada awalnya dilihat cuba memberi kerjasama ketika ditenangkan pihak polis.
"Namun sebaik sahaja hendak dimasukkan ke dalam kenderaan peronda (MPV), suspek secara tiba-tiba berpaling lalu menggigit telinga kiri anggota polis terbabit sehingga putus.
“Akibat kejadian itu, anggota polis yang berusia lingkungan 30-an itu mengalami pendarahan teruk dan segera dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Difahamkan, anggota terbabit kini berada dalam keadaan stabil dan akan menjalani pembedahan bagi menyambung semula bahagian telinga yang terputus.
Siasatan awal mendapati suspek berusia 38 tahun itu merupakan seorang pelajar kolej swasta di ibu negara dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zopal mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga asing
#putus telinga kiri
#anggota polis
#pelajar kolej swasta
#Metro Prima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan