MALAYSIA
Lelaki agresif selepas ditegur merokok, KKM serah kes kepada polis
Susulan isu tular rakaman video insiden seorang lelaki didakwa bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran, Menteri Kesihatan, Dr Zulkefly Ahmad berkata perkara itu masih dalam siasatan polis. -BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut berhubung insiden seorang lelaki yang bertindak agresif selepas ditegur kerana merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam, minggu lalu.
Ringkasan AI
"Isu pergaduhan itu sudah diambil siasatan oleh polis, kita tunggu bagaimana siasatan dilakukan," katanya ketika ditanya berhubung isu video insiden tersebut pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, di sini, pada Sabtu.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi larangan merokok di tempat awam yang masih berkuat kuasa di bawah Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 (Akta 852), menggantikan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 281).
Menurutnya, pihaknya tidak mahu insiden sama berulang dan berharap golongan perokok menghormati undang-undang bagi memastikan kesejahteraan semua pihak, terutama wanita hamil, anak kecil, dan warga emas.
Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lebih daripada 100,000 notis berkaitan kesalahan tersebut telah dikeluarkan sepanjang 12 bulan yang lalu dan kompaun berkenaan berjumlah RM11.45 juta.
Jelas Dr Dzulkefly, sejumlah 101,521 notis kesalahan tersebut dikeluarkan hasil daripada 19,175 operasi penguatkuasaan di seluruh negara, dengan purata lebih 50 pemeriksaan setiap hari.
Pada 15 September lalu, seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam.
Kejadian jam 11.50 malam itu berlaku apabila lelaki terbabit dipercayai tidak berpuas hati selepas ditegur seorang pekerja restoran serta pasangan suami isteri yang turut berada di lokasi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang turut tular di media sosial pada jam 1.45 tengah hari keesokannya.
Menurutnya, pengadu yang juga seorang wanita hamil lapan bulan memaklumkan, ketika dia bersama suami berada di restoran berkenaan, terdapat seorang lelaki tempatan duduk di meja berhampiran sambil menghisap rokok.
Ringkasan AI
- KKM menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut berhubung insiden lelaki agresif selepas ditegur merokok di restoran di Seksyen 13, Shah Alam, dan mengingatkan orang ramai supaya patuhi larangan merokok di tempat awam.
- Sepanjang 12 bulan lalu, lebih 100,000 notis kesalahan merokok di tempat awam telah dikeluarkan dengan kompaun berjumlah RM11.45 juta hasil 19,175 operasi penguatkuasaan di seluruh negara.
- Insiden berlaku apabila lelaki terbabit tidak berpuas hati selepas ditegur pekerja restoran dan pasangan suami isteri, termasuk wanita hamil, dengan kes kini dalam siasatan polis.