awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Amerika Syarikat ditahan di KLIA miliki tiga kelopak peluru

Sinar Harian
Sinar Harian
01/07/2023
10:50 MYT
Lelaki Amerika Syarikat ditahan di KLIA miliki tiga kelopak peluru
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, lelaki itu ditahan kerana disyaki memiliki tiga kelopak peluru. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Polis mengesahkan menahan seorang lelaki warga Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, lelaki itu ditahan kerana disyaki memiliki tiga kelopak peluru.
“Ya, dia ditahan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960. Suspek telah diberi jamin, namun tidak dibenarkan ke luar negara sementara siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Hussein berkata, lelaki itu masuk ke negara ini bagi tujuan penggambaran menggunakan kemudahan di kem tentera.
“Bagaimanapun dia ditahan di KLIA selepas selesai urusan penggambaran, pemeriksaan mendapati terdapat tiga kelopak peluru dibawa tanpa kebenaran,” jelasnya.
Pada Sabtu, sebuah portal berita melaporkan seorang wanita mendakwa suaminya yang ingin pulang ke negara asal telah ditahan pihak berkuasa di KLIA.
Dakwanya, lelaki berusia 43 tahun itu membawa peluru kosong selepas digunakan dalam penggambaran dokumentari di negara ini.
Malah, turut dilaporkan beberapa video dimuat naik lelaki itu didakwa disoal siasat pihak berkuasa. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kelopak peluru
#warga Amerika Syarikat
#ditahan di KLIA
#Ketua Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan