awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki amuk di klinik Pengkalan Kubor bukan sebab vaksin - Pengarah JKNK

Bernama
Bernama
03/06/2021
21:46 MYT
Lelaki amuk di klinik Pengkalan Kubor bukan sebab vaksin - Pengarah JKNK
Video tular lelaki mengamuk di Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor sejak Selasa lepas adalah video yang dirakam tahun lepas. -Facebook
KOTA BHARU: Video yang tular di media sosial berkenaan seorang lelaki yang dikatakan mengamuk berkaitan vaksin di Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor sejak Selasa lepas adalah video yang dirakam tahun lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata video tular itu telah dirakam dan menjadi tular pada 5 Julai 2020, namun kini dikesan telah ditularkan sekali lagi pada 1 Jun lepas menerusi aplikasi WhatsApp.
Katanya isu kali ini dikaitkan oleh netizen kononnya mengenai vaksin, walaupun kata-kata lelaki dalam video itu sebenarnya tidak difahami.
"Mereka membuat andaian dan persepsi bahawa kejadian amuk itu berpunca daripada doktor yang menyuntik vaksin kepada emak lelaki itu, namun emaknya dikatakan menolak.
"Ada juga yang mengatakan lelaki itu mengamuk kerana tidak mendapat vaksin dan sebagainya.
"JKNK ingin menegaskan bahawa lelaki dalam video berkenaan merupakan pesakit Bipolar Affective Disorder dan mendapat rawatan di Jabatan Kesihatan Mental dan Psikiatri, Hospital Raja Perempuan Zainab II," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Dr Zaini berkata isu sebenar lelaki itu mengamuk ialah kerana tidak berpuas hati berkaitan ibunya yang dikehendaki menjalani ujian darah ekoran siasatan lanjut penyakit darah tinggi dan kencing manis.
"Satu laporan polis dibuat terhadap lelaki berkenaan setelah dia mengamuk dan membaling sebiji batu bata ke arah cermin tingkap bilik rawatan kecemasan dan bilik terapi metadone.
"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, lelaki itu kemudiannya ditangkap polis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengkalan Kubor
#Bipolar Affective Disorder
#amuk di klinik
#video tular
#Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor
#Zaini Hussin
#Hospital Raja Perempuan Zainab II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan