awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki amuk, serang anggota polis di PLPGU ditahan

Aida Aziz
Aida Aziz
17/03/2023
06:00 MYT
Lelaki amuk, serang anggota polis di PLPGU ditahan
Seorang lelaki tempatan yang mengamuk dan menyerang dua anggota polis di hadapan pos pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) ditahan tengah malam tadi. -Gambar fail
IPOH: Seorang lelaki tempatan yang mengamuk dan menyerang dua anggota polis di hadapan pos pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di sini, ditahan tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.10 tengah malam.
"Semasa kejadian, petugas pos pengawal PLPGU mendapati sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun telah terlanggar penghadang jalan berhampiran pos pengawal tersebut.
"Pemandu kereta yang disyaki di bawah pengaruh alkohol itu telah mengamuk dan memukul dua orang pegawai rendah polis yang berada di tempat kejadian semasa pemeriksaan dijalankan terhadapnya.
"Akibat daripada serangan lelaki tersebut, kedua-dua pegawai rendah polis terbabit mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Yahaya berkata, lelaki tersebut ditangkap oleh pasukan polis yang tiba untuk memberi bantuan di tempat kejadian.
Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas) dan Seksyen 45 a (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan).
"Pihak siasatan telah berjaya mendapatkan perintah reman selama tiga hari, bermula hari ini hingga 19 Mac bagi siasatan lanjut.
"Dengan ini, pihak polis ingin memberi nasihat kepada orang ramai agar menjadi pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dengan tidak memandu di bawah pengaruh alkohol kerana ia akan mendatangkan bahaya kepada keselamatan diri sendiri, mahupun keselamatan orang awam yang lain," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#lelaki mengamuk
#hadapan pos pengawal
#Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara
#PLPGU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan